KOTA BHARU, 27 Jun: Kerajaan negeri melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu yang mempamerkan simbol parti ketika mengadakan program penyampaian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Anggota Exco, Haji Husam Musa berkata, penggunaan simbol parti tidak sepatutnya berlaku kerana wang yang diagih kepada penerima bantuan adalah wang kerajaan dan bukan milik parti terbabit. "Kita nasihatkan supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi kerana ia mencemarkan imej kerajaan sendiri," katanya ketika menjawab soalan tambahan Haji Buni Amin Hamzah (PAS - Salor) pada persidangan DUN di sini hari ini. Menurutnya, perkara yang mendukacitakan itu dikesan berlaku di satu tempat semalam, di mana program penyampaian bantuan kepada penerima bantuan JKM diadakan dipasang sepanduk parti politik tertentu. Ketika menjawab soalan asal Dato' Ramzi Abdul Rahman (BN - Dabong) Husam berkata, jumlah miskin tegar yang terdapat di Kelantan sekarang seramai 11,950 orang. Sementara itu, dalam perkembangan lain isu penggantungan Tan Sri Isa Samad sebagai Naib Presiden Umno turut diperkatakan di DUN Kelantan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan menyebut secara spontan isu tersebut. Katanya, mereka yang memberi masalah kerajaan Pusat ada di mana-mana termasuk dalam kes Menteri Wilayah Persekutuan. Ketika itu beliau menjawab soalan tambahan Haji Shukri Abdul Rahman (PAS - Kadok) mengenai kesan sampingan kepada kerajaan terhadap kerajaan ekoran kes demam kepialu melanda Kelantan awal tahun ini. Sebelum itu, anggota Exco berkenaan berkata, terdapat beberapa sebab punca berlakunya penyakit tersebut antaranya, banjir besar yang berlaku sehingga menyebabkan terjadi limpahan tandas, kemarau panjang dan makanan yang tercemar. Beliau berkata, bilangan kes kepialu yang berlaku ketika waktu kemuncaknya iaitu sebanyak 667 kes. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
