KOTA DARULNAIM - Pemaju perumahan di negeri ini disyaratkan menyediakan padang 
awam serta taman permainan kanak-kanak untuk keselesaan para penghuni.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji 
Takiyuddin Hassan menegaskan Kerajaan negeri telah menetapkan bahawa setiap 
pemaju diwajibkan untuk membina sebuah padang padang awam bagi kawasan 
perumahan yang mempunyai bilangan 200 unit rumah atau bilangan isirumahnya 
mencapai 800 orang.

“Kerajaan negeri juga menetapkan kawasan seluas satu ekar mesti di sediakan 
untuk dijadikan padang awam dan taman permainan kanak-kanak bagi kawasan 
perumahan yang didiami oleh lebih 1000 orang atau sekiranya dibina melebihi 250 
unit semasa menjawab soalan Buni Amin Hamzah (PAS-Salor).

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Dato’ Anuar Musa (BN-Kok Lanas) 
yang mempertikaikan kegagalan pihak berwajib menyelia kawasan permainan awam 
Haji Takiyudin menjelaskan pihaknya akan mengatasi masalah itu jika benar 
berlaku.

“Kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan bersedia dengan mana-mana 
pihak yang sanggup menyediakan kemudahan awam di tempat umum.” Ujarnya di 
persidangan DUN pagi tadi. (RAZILA-ny)//Sumber UPKN




                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke