KOTA BHARU, 28 Jun Projek yang bernilai kira-kira RM3 bilion kini sedang dan akan dibangunkan di Kelantan kata anggota Exco, Dato Annuar Tan Abdullah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat berkata, projek tersebut termasuk berkaitan sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat di negeri ini sekarang. Sehingga kini bilangan bilik penginapan sebanyak 4,000 belum lagi mencukupi bagi memenuhi permintaan pelancong terutamanya di musim cuti persekolahan. Ini menyebabkan kerajaan negeri mengambil langkah meluluskan kira-kira 20 lagi projek berasaskan pelancongan yang dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM3 bilion, katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS Tanjung Mas) pada persidangan DUN hari ini. Sekarang empat projek mega sedang dibangunkan di Kota Bharu iaitu pembinaan Pelangi Mall di Jalan Post Office Lama, Plaza Menang Intan di Jalan Che Su, Menara MPKB di Jalan Padang Garong dan Kelantan Trade Centre di Jalan Bayam. Annuar juga berkata, beberapa langkah dijalankan bagi menarik lebih ramai lagi pelancong ke Kelantan selepas Kota Bharu diisytihar sebagai bandar raya Islam iaitu mencetak risalah penerangan, menetapkan garis panduan seni bina berkonsep Islam. Mencantikkan kawasan bandar Kota Bharu bagi menceriakan lagi suasana serta merancang lebih banyak lagi persembahan kesenian tempatan termasuk permainan rebana, wau, silat dan pertandingan membaca puisi. Selain itu usaha juga dijalankan menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi membeli belah bagi penduduk dari selatan Thailand dan mempromosikan institusi pondok yang terdapat di Kelantan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zulkifli Mamat berkata, sebanyak RM108 juta hutang anak-anak syarikat telah dibayar kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS Kelaboran) katanya, sehingga kini dua misi perdagangan kerajaan negeri ke China diadakan iaitu pada November tahun lepas dan April tahun ini. Misi perdagangan tersebut mendapat respon menarik apabila syarikat dari negara tersebut akan menjalankan kerja-kerja mencari gali emas dan besi di Temangan tidak lama lagi, katanya. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1511 --------------------------------- Yahoo! Sports Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
