KOTA BHARU 28 Jun - Satu sindiket curi kereta dianggotai penagih dadah dikenali `Geng Mat Ju' - yang menjual sebuah Proton Waja dengan harga RM2,500 dan Wira RM1,500 - ditumpaskan dalam Ops Cobra di sini.
Sebanyak 21 buah kenderaan, termasuk lori-lori kecil bernilai kira-kira RM670,000 dipercayai dicuri sejak enam bulan lalu ditemui semula. Sindiket itu yang mula dikesan awal tahun ini terbongkar selepas pihak polis berjaya menangkap tiga anggota kumpulan itu bersama dua buah kereta curi dalam satu intipan di daerah Pasir Mas pada 12 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ahmad Lotfi Khalid berkata, berdasarkan kepada siasatan awal, sebahagian anggota kumpulan berkenaan adalah terdiri daripada penagih dadah dan mereka menjalankan kegiatan itu adalah semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah. Katanya, selepas tertangkapnya lelaki terbabit, polis kemudiannya telah membuat serbuan di sebuah bengkel di Kampung Jebak, Lemal, Pasir Mas dan menangkap lima lagi lelaki serta merampas 10 buah kereta termasuk dua buah lori kecil. ``Berikutan tertangkapnya lelaki berkenaan serta penemuan kenderaan curi itu, polis meneruskan lagi siasatan sehingga membawa kepada penemuan sembilan buah lagi kenderaan curi di sekitar Kota Bharu yang kesemuanya berjumlah 21 buah,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Jelas Ahmad Lotfi, seramai 20 orang lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun yang diketuai Mat Ju termasuk pembeli kenderaan curi tersebut telah ditangkap untuk membantu siasatan. Beliau berkata, sindiket itu turut menjadikan bengkel di kampung tersebut sebagai tempat untuk mengubah suai kenderaan curi itu termasuk menukar nombor pendaftaran serta nombor enjin bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Tambah beliau lagi, anggota kumpulan itu turut dikenal pasti menjadikan kereta Proton Waja sebagai sasaran utama selain kenderaan lain seperti Produa Kancil,Kenari, Putra, Satria, Iswara dan Kembara. Katanya, kenderaan yang dicuri itu kemudiannya dijual kepada pihak-pihak tertentu dengan harga murah di antara RM1,500 hingga RM2,500 setiap buah. Ahmad Lotfi berkata, selain tangkapan itu, pihaknya turut memburu orang ramai yang dipercayai terlibat membeli kenderaan terbabit. Sehubungan itu katanya, sesiapa yang pernah membeli kenderaan daripada pihak-pihak tertentu dengan harga murah supaya menyerahkannya kepada polis untuk diperiksa bagi mengenal pasti sama ada ia kenderaan curi ataupun sebaliknya. ``Polis memberi amaran kepada orang ramai yang memiliki kenderaan curi supaya menyerahkannya kepada polis kerana mereka juga boleh didakwa sekiranya didapati bersalah bersubahat membeli kenderaan berkenaan,'' katanya.//UM http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1512 --------------------------------- Yahoo! Sports Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
