KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) kini tidak memaksa 
kakitangannya memakai pakaian seragam biru ketika bertugas kerana agensi 
pertanian itu bukanlah badan beruniform.

Pengerusi Kada, Datuk Annuar Musa, berkata terpulang pengurusan dan kakitangan 
agensi itu sama ada mahu terus memakai pakaian seragam itu yang diperkenalkan 
pada 1991.

Katanya, sebagai pengerusi baru, beliau tidak bercadang merombak semua dasar 
Kada sebelum ini secara drastik sebaliknya mahu menerima pandangan dan maklum 
balas pengurusannya.

"Segala dasar yang dilaksanakan untuk faedah rakyat dan golongan sasaran akan 
diteruskan cuma kita akan membaiki dari segi teknikal jika perlu.

"Walaupun perbelanjaan Kada dijangka bertambah selaras dengan peruntukan 
Kementerian Pertanian dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RM-9) tapi kita tetap 
mengamalkan langkah berjimat cermat. 

"Kada tidak perlu menukar kenderaan baru untuk pengerusi, cukup dengan apa yang 
ada," katanya berucap pada sesi dialog sempena perasmian Kursus Ahli Jemaah 
Pengarah PPK Kada di PCB Resort, dekat sini, kelmarin.

Terdahulu pada majlis itu, seorang ahli jemaah pengarah membangkitkan isu ada 
kakitangan dan ahli jemaah pengarah yang enggan memakai pakaian seragam yang 
diwajibkan Kada sebelum ini, terutama ketika bertemu petani dan masyarakat umum.

"Kita (Kada) tidak memaksa kakitangan atau pihak pengurusannya memakai pakaian 
seragam biru seperti dilakukan sebelum ini kerana Kada bukanlah badan 
beruniform. Bagi saya terpulang kepada individu itu sendiri, saya tidak boleh 
paksa mereka kerana ia bukanlah suatu dasar kita.

"Dasar kita ialah memajukan petani dan golongan sasaran sejajar dengan matlamat 
dasar Pertanian Negara," katanya.//BH 29 Jun

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke