KUALA KRAI: Kementerian Pelajaran diminta membina lebih banyak rumah guru di
pedalaman Hulu Kelantan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) sebagai
kemudahan pendidik yang bertugas di kawasan itu.
Ketiadaan kediaman menimbulkan masalah kepada guru yang dihantar bertugas ke
kawasan berkenaan yang jika dibiarkan, menyebabkan Hulu Kelantan menghadapi
kekurangan guru.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman, berkata
keperluan guru kawasan luar bandar mesti diutamakan bagi membolehkan mereka
bertugas sepenuh hati tanpa perlu memikirkan masalah lain.
"Usaha mesti dibuat bagi mengimbangi kemajuan pendidikan penduduk bandar dan
luar bandar supaya anak-anak mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPT.
"Jika masalah rumah guru menjadi penghalang sudah tentu akan menimbulkan
masalah kepada pelajar, tetapi perkara itu sudah dapat diselesaikan secara
berperingkat.
Kalau sebelum ini ramai guru enggan mengajar di sekolah luar bandar kerana
enggan berdepan masalah tempat tinggal, tetapi sekarang mereka cuba
menyesuaikan diri dengan keadaan itu," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Kesedar memberitahu demikian selepas pelancaran
Kelas Tuisyen Anjuran Yayasan Pendidikan Kesedar (YPK) di Sekolah Kebangsaan
(SK) Dabong, di sini, petang semalam.
Mulai tahun ini, YPK dihidupkan kembali dengan menaja program yang mampu
menjana kecemerlangan murid luar bandar bermula dengan mereka yang bakal
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Ramzi berkata, selain rumah guru, banyak lagi sekolah baru akan dibina di
kawasan Kesedar itu bagi memberi keselesaan kepada pelajar menuntut ilmu hingga
berjaya.
Beliau berkata, sejak kebelakangan ini semakin ramai pelajar luar bandar
termasuk anak peneroka sendiri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi.
Katanya, ini sekali gus memberi semangat kepada pelajar lain untuk mengejar
kejayaan yang sama kerana hasrat kerajaan membuka seluas-luasnya kepada pelajar
luar bandar merebut tempat terbaik itu.//BH 29 Jun
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/