KOTA BHARU, Selepas bandar Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Tumpat dan Kuala Krai berubah wajah dengan kewujudan pusat pertumbuhan baru, kini Pasir Mas tidak ketinggalan turut mengikut jejak tersebut.
Satu projek yang bernilai RM250 juta bakal merubah wajah lama Pasir Mas tidak lama lagi, selepas bandar baru diwujudkan di Lubuk Jong tidak jauh dari Pekan Rantau Panjang yang bakal dikenali sebagai Anjung Petra. Projek bertaraf mega itu dibangunkan secara usahasama di antara Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dengan Taman Semasa (M) Sdn Bhd. Hari ini majlis bersejarah menandatangani perjanjian usahasama itu diadakan di sebuah hotel yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Yang DiPertua MDPM, Halim Ahmad mewakili MDPM bagi menandatangani perjanjian tersebut. Majlis itu disaksikan Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Taman Semasa Dato Ibrahim Ali. Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob, anggota Exco, Takiyuddin Hassan, wakil-wakil rakyat dan pegawai MDPM. Anjung Petra bakal mengandungi 661 unit kediaman dan 150 unit perniagaan yang akan dibangunkan dalam lima fasa, dijangka siap dalam masa tiga tahun. Ia dimajukan di kawasan seluas 107 ekar terletak berhampiran Institut Kemahiran MARA Pasir Mas. Projek bandar baru itu juga terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Pasir Mas, dijangka menjadi pusat pertumbuhan baru di Kelantan memandangkan kedudukan bersempadan dengan Thailand. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, projek tersebut akan merangsang ekonomi kepada tiga bandar yang terletak di kawasan berdekatan iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah. Kerajaan negeri berharap projek berkenaan boleh menjadi contoh sebagai projek berdaya maju memandangan kedudukannya begitu strategik iaitu berhampiran kawasan pertumbuhan AFTA, ujarnya. Ibrahim berkata, adalah menjadi kepuasan dan kebanggaan sekiranya projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh ditetap memandangkan kedudukannya di laluan utama ke negara jiran. Menurutnya, pelbagai faedah dijangka dapat diperolehi daripada projek tersebut terutamanya peluang pekerjaan dan perniagaan. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Halim berkata, pasar baru Pasir Mas Akan dibina berhampiran Anjung Petra bagi menggantikan pasar lama yang kini menumpang di tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1518 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
