KOTA BHARU: "Saya amat menyesali perbuatan terkutuk yang sudah terlanjur dan 
saya rela mati dalam penjara, asal anak-anak sedia memaafkan kesalahan saya.

"Saya sentiasa berdoa dipanjangkan umur supaya dapat keluar berjumpa dengan 
anak isteri suatu hari nanti. Jika tiada kesempatan, saya rela mati di sini," 
demikian luahan seorang banduan berusia 50 tahun dengan linangan air mata di 
Penjara Pengkalan Chepa, semalam.

Sejak setahun lalu, bapa sembilan anak itu tidak mampu menghitung hari kerana 
perlu menjalani hukuman penjara selama 45 tahun selepas disabitkan kesalahan 
merogol anak sendiri.

Sejak dipenjarakan, lelaki itu disisihkan seluruh ahli keluarganya yang sukar 
memaafkan perbuatannya yang tergamak merogol anak sendiri berusia belasan tahun.

Namun, sempena Hari Bapa anjuran Penjara Pengkalan Chepa semalam, banduan dari 
Kota Bharu itu menerima tetamunya yang pertama selepas setahun dia merindui 
mereka, apabila anak kelimanya yang berusia 16 tahun, datang menjenguknya.

Sebaik dibenarkan bertemu, linangan air mata berderai di wajah masing-masing, 
apatah lagi apabila si anak itu sanggup memaafkan bapasambil mencium tangan dan 
memeluk bapanya. 

"Inilah kali pertama saya mendapat tetamu.... anak saya sudi datang juga 
selepas setahun saya tidak melihat mereka. Saya terlalu rindukan mereka," kata 
banduan yang dikenali sebagai Adi itu dengan suara tersekat-sekat.

Anaknya berusia 16 tahun berkata, selama ini, dia dan adik beradiknya tidak 
melawat bapa mereka kerana terlalu membenci lelaki itu.

Pelajar tingkatan empat itu menghabiskan masa bersama bapanya selama kira-kira 
sejam untuk berbual sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh pengurusan 
penjara sempena program itu.

Pentadbiran Penjara Pengkalan Chepa diketuai Pengarahnya, Khusairi Manap, buat 
julung kalinya mengadakan program Hari Bapa bagi memberi peluang kepada banduan 
bertemu ahli keluarga mereka secara bersemuka.

Daripada 1,300 banduan yang menjalani hukuman di situ, hanya 10 bantuan 
mendapat peluang istimewa itu bertemu ahli keluarga mereka yang bermula jam 9 
pagi sehingga 4 petang.

Seorang banduan wanita dikenali sebagai, Nida, 22, yang berada dalam penjara 
sejak Mac lalu kerana kesalahan menyimpan barang curi, terharu apabila 
berpeluang mencium tangan bapanya.

"Ayah datang melawat saya setiap bulan tetapi kami kena cakap melalui telefon. 
Hari ini saya cukup bertuah kerana dapat mencium ayah serta memohon maaf. Saya 
berjanji tidak mengulangi kesalahan ini," katanya.

Zakaria berkata, walaupun anaknya dipenjara kerana melakukan jenayah, beliau 
bersyukur melihat keinsafan anak perempuan tunggalnya yang kini lebih 
berdisiplin dan mematuhi peraturan.//BH 1 Julai


                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke