KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat aduan kepada Badan Pencegah 
Rasuah (BPR) semalam, berhubung penyelewengan yang dipercayai berlaku dalam 
pemberian 57 lesen perlombongan di negeri ini.

Ketuanya, Dali Hussin, berkata pihaknya memberi maklumat tambahan kepada BPR 
untuk membantu siasatan menyeluruh terhadap proses pengeluaran lesen melombong 
itu yang dipercayai bertujuan mengambil balak di kawasan konsesi.

Beliau berkata, Pemuda memandang serius isu itu kerana sebarang penyelewengan 
yang berlaku boleh menyebabkan kerugian kepada negeri dan rakyat Kelantan. 

“Dalam laporan hari ini (semalam), kami memberi maklumat tambahan kepada BPR 
mengenai penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam pengeluaran sijil 
perlombongan kepada syarikat tertentu.

“Kita menganggap pengeluaran sijil itu tidak mengikut kelayakan yang ditetapkan 
sebagaimana sepatutnya,” katanya selepas membuat laporan di Pejabat BPR 
Kelantan di Wisma Persekutuan, semalam.

Rabu lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Ketua 
Pembangkang Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Annuar Musa, berkata kerajaan 
Pas Kelantan memberi jawapan tidak relevan dengan fakta salah berhubung 
kegiatan pembalakan dengan berselindung di sebalik pengeluaran lesen 
perlombongan.

Annuar mendakwa, BN mempunyai cukup bukti kegiatan itu yang mendapat kerjasama 
perunding bagi mengesahkan kawasan yang dipohon mengandungi emas bagi 
mempengaruhi Jawatankuasa Mineral Negeri untuk kelulusan.

Dalam perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin lalu, Annuar 
berkata, perkara itu adalah rahsia terbuka memandangkan syarikat pemohon lesen 
perlombongan tidak mempunyai latar belakang perlombongan dengan modal 
berbayarnya juga tidak cukup untuk kegiatan itu.

Annuar mendakwa tindakan kerajaan negeri menukar status 8,000 hektar kawasan 
rizab hutan kepada perlombongan sejak 1992, menyebabkan negeri ini kerugian 
hasil kira-kira RM80 juta.

Dali berharap dengan maklumat yang diberikan pihaknya dapat membantu BPR 
menjalankan siasatan, sekali gus memberi jawapan sebenar kepada rakyat mengenai 
penyelewengan itu.

Laporan Pemuda Umno Kelantan itu diserahkan kepada Pegawai Penyiasat BPR 
negeri, Izani Wan Ishak, kira-kira jam 1 tengah hari itu.//BH 1 Julai



                
---------------------------------
Yahoo! Mail Mobile
 Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke