KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) perlu membaiki segera beberapa jambatan tali air yang uzur sekitar kawasan Ketereh di sini, bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berulang.
Tinjauan Berita Harian menemui beberapa jambatan uzur itu termasuk berlubang dan lantainya yang reput tetapi masih digunakan penduduk sebagai laluan pintas walaupun menyedari bahaya yang boleh berlaku. Penghulu Mukim Banggol Lepah, Ketereh, Afandi Abdul Kadir, 42, berkata tiada sebarang tindakan diambil untuk membaiki jambatan yang uzur di tali air dekat kampungnya walaupun beberapa aduan dibuat. "Memang ada jambatan lain sebagai laluan pilihan tetapi kedudukannya terlalu jauh terutama bagi murid dan warga tua yang tidak mempunyai kenderaan untuk menggunakan laluan itu untuk urusan harian," katanya. Semalam, akhbar melaporkan seorang warga tua, Khatijah Rahmatullah, 65, lemas selepas dipercayai terjatuh ketika melalui jambatan uzur di tali air Kada di Kampung Dendang, Ketereh. Ini adalah kejadian kedua tahun ini selepas seorang kanak-kanak, Noralili Yusoff, 4, lemas selepas terjatuh ketika melalui jambatan uzur depan rumahnya di Kampung Kok Pasir, Jalan Pengkalan Chepa, pada Februari lalu. Penghulu Mukim Dendang, Mohd Kamal Mohamad, 48, berkata beberapa penduduk kampung dan pelajar sekolah pernah terjatuh ke dalam tali air berkenaan ketika melalui tali air itu tetapi berjaya diselamatkan. Sementara itu, Pengerusi Kada, Datuk Annuar Musa, serta pengurusan kanan agensi terbabit tidak dapat dihubungi untuk ulasan kerana masing-masing berada di luar Kelantan.//BH 1 Julai perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: KOTA BHARU 29 Jun : Kegagalan pihak berkuasa membaiki jambatan uzur di negeri ini, menyebabkan berlaku tragedi kematian kelmarin, apabila seorang warga tua menjadi korban terbaru di Ketereh, dekat sini. Februari lalu, kanak-kanak Noraili Yusoff, 4, lemas selepas terjatuh ketika melalui jambatan uzur di depan rumahnya di Kampung Kok Pasir dekat Jalan Pengkalan Chepa. Dalam kejadian kelmarin, Khatijah Rahmatullah, 65, dipercayai terjatuh ketika melalui jambatan uzur tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kampung Dendang di Ketereh. Mayatnya ditemui terapung penduduk kampung yang mencarinya kira-kira jam 2 petang selepas menyedari kehilangannya pada pagi Isnin apabila mendapati mangsa tidak pulang ke rumah saudaranya pada malam sebelum kejadian. Khadijah sering melalui jambatan terbabit kerana berulang-alik ke rumah anak tunggalnya, Mohd Kamal Mohamad, 48, yang juga Penghulu Mukim Dendang. Saudara mangsa, Ramlah Latif, 52, berkata Khadijah yang tinggal bersamanya, keluar ke rumah anak (Kamal) pada Ahad lalu untuk menemui cucunya. "Seperti kebiasaan pada sebelah malam, arwah akan balik tidur di rumah saya atau pergi tidur ke rumah seorang lagi saudara, Wan Aishah Wan Sulaiman, 54. "Pada malam kejadian, saya menunggu dia pulang dari rumah anaknya sejak jam 8 malam tetapi tidak muncul sehingga pagi, membuatkan saya menyangka dia tidur di rumah Wan Aishah. "Keesokan harinya, saya ke rumah Aishah dan Kamal memaklumkan Khatijah tidak balik ke rumah saya. Ketika itu, kami sedar dia hilang," katanya ketika ditemui, semalam. Mohd Kamal berkata, sebaik menyedari kehilangan ibunya, dia dan saudara mara segera mencarinya termasuk meninjau jambatan yang sering menjadi laluan ibunya itu. "Akhirnya kami temui mayat ibu saya terapung dalam tali air kira-kira 500 meter dari jambatan yang hanya terletak 10 meter dari rumah saya," katanya. Beliau membuat laporan di Balai Polis Ketereh mengenai kejadian itu dan jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Kuang malam kelmarin. Mohd Kamal mendakwa, sebelum kejadian menimpa ibunya, penduduk sudah beberapa kali memohon kepada Kada supaya membaiki jambatan terbabit tetapi tiada tindakan diambil. Katanya, sebelum ini, sudah beberapa kali penduduk kampung termasuk yang bermotosikal jatuh ke tali air itu ketika melalui jambatan berkenaan. Kelmarin, sebelum mayat ibu saya ditemui, ada orang datang meletakkan papan tanda di sini," katanya. Tinjauan mendapati, papan tanda Awas Jambatan Ditutup dipasang pada jambatan itu tetapi penduduk mendakwa ia diletakkan kira-kira jam 10 pagi kelmarin.//BH 30 Jun http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1519 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "perakan" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- Yahoo! Sports Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
