Exco Kerjaraya lawat ‘jambatan maut’ di Ketereh

KETEREH, 30 Jun – Jambatan maut yang mengorbankan seorang nenek di Kampung 
Dendang dekat sini, malam Isnin lalu turut mendapat perhatian anggota Exco 
kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman. 

Tengah hari tadi beliau bersama Penyelia DUN Kok Lanas, Haji Ashaari Mamat dan 
penghulu mukim berkenaan, Mohd Kamal Mohamad melawat jambatan tersebut. 
Kata beliau, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Kada yang 
bertanggungjawab di atas jambatan terbabit bagi membaikinya untuk mengelakkan 
berulang kejadian malang seperti sebelum ini. 
“Bagaimanapun perlu ada kerjasama daripada agensi berkenaan kerana ia berada di 
bawah pentadbiran Kada. Tanpa ada kerjasama daripada Kada kerajaan negeri sukar 
untuk bertindak,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, 
Infrastruktur dan Alam Sekitar. 
Baru-baru ini, ibu kepada penghulu mukim Dendang, Khatijah Rahmatullah, 65 
dipercayai terjatuh dari atas jambatan itu dan mayatnya ditemui kira-kira 500 
meter dari tempat kejadian, keesokan harinya. 
Sebelum itu, seorang penduduk terjatuh ke dalam tali air itu bersama 
motosikalnya. Seminggu lalu, Harakah mendedahkan masalah tersebut dengan 
memaparkan rungutan penduduk. Hari ini sebuah akhbar melaporkan mengenai korban 
jambatan terbabit. 
Pada kunjungan itu anggota berkenaan turut menyampaikan sumbangan kepada 
keluarga mangsa. Md Anizam juga berkata, kerajaan negeri sekarang sedang 
membaiki 58 jambatan yang rosak akibat banjir akhir tahun lalu di seluruh 
Kelantan. 
Katanya, jambatan terbabit bukan berada di bawah pentadbiran Kada dan ia diurus 
Jabatan Pengairan dan Saliran. Begitu juga katanya, jambatan yang mengorbankan 
seorang kanak-kanak di Kampung Kok Pasir, Pengkalan Chepa Febuari lalu sudah 
siap dibaiki. //hrkh


perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) perlu membaiki segera 
beberapa jambatan tali air yang uzur sekitar kawasan Ketereh di sini, bagi 
mengelak kejadian tidak diingini daripada berulang.

Tinjauan Berita Harian menemui beberapa jambatan uzur itu termasuk berlubang 
dan lantainya yang reput tetapi masih digunakan penduduk sebagai laluan pintas 
walaupun menyedari bahaya yang boleh berlaku.

Penghulu Mukim Banggol Lepah, Ketereh, Afandi Abdul Kadir, 42, berkata tiada 
sebarang tindakan diambil untuk membaiki jambatan yang uzur di tali air dekat 
kampungnya walaupun beberapa aduan dibuat.

"Memang ada jambatan lain sebagai laluan pilihan tetapi kedudukannya terlalu 
jauh terutama bagi murid dan warga tua yang tidak mempunyai kenderaan untuk 
menggunakan laluan itu untuk urusan harian," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang warga tua, Khatijah Rahmatullah, 65, lemas 
selepas dipercayai terjatuh ketika melalui jambatan uzur di tali air Kada di 
Kampung Dendang, Ketereh.

Ini adalah kejadian kedua tahun ini selepas seorang kanak-kanak, Noralili 
Yusoff, 4, lemas selepas terjatuh ketika melalui jambatan uzur depan rumahnya 
di Kampung Kok Pasir, Jalan Pengkalan Chepa, pada Februari lalu.

Penghulu Mukim Dendang, Mohd Kamal Mohamad, 48, berkata beberapa penduduk 
kampung dan pelajar sekolah pernah terjatuh ke dalam tali air berkenaan ketika 
melalui tali air itu tetapi berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Pengerusi Kada, Datuk Annuar Musa, serta pengurusan kanan agensi 
terbabit tidak dapat dihubungi untuk ulasan kerana masing-masing berada di luar 
Kelantan.//BH 1 Julai


perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

KOTA BHARU 29 Jun : Kegagalan pihak berkuasa membaiki jambatan uzur di negeri 
ini, menyebabkan berlaku tragedi kematian kelmarin, apabila seorang warga tua 
menjadi korban terbaru di Ketereh, dekat sini.

Februari lalu, kanak-kanak Noraili Yusoff, 4, lemas selepas terjatuh ketika 
melalui jambatan uzur di depan rumahnya di Kampung Kok Pasir dekat Jalan 
Pengkalan Chepa. 

Dalam kejadian kelmarin, Khatijah Rahmatullah, 65, dipercayai terjatuh ketika 
melalui jambatan uzur tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di 
Kampung Dendang di Ketereh.

Mayatnya ditemui terapung penduduk kampung yang mencarinya kira-kira jam 2 
petang selepas menyedari kehilangannya pada pagi Isnin apabila mendapati mangsa 
tidak pulang ke rumah saudaranya pada malam sebelum kejadian. 

Khadijah sering melalui jambatan terbabit kerana berulang-alik ke rumah anak 
tunggalnya, Mohd Kamal Mohamad, 48, yang juga Penghulu Mukim Dendang.

Saudara mangsa, Ramlah Latif, 52, berkata Khadijah yang tinggal bersamanya, 
keluar ke rumah anak (Kamal) pada Ahad lalu untuk menemui cucunya.

"Seperti kebiasaan pada sebelah malam, arwah akan balik tidur di rumah saya 
atau pergi tidur ke rumah seorang lagi saudara, Wan Aishah Wan Sulaiman, 54. 

"Pada malam kejadian, saya menunggu dia pulang dari rumah anaknya sejak jam 8 
malam tetapi tidak muncul sehingga pagi, membuatkan saya menyangka dia tidur di 
rumah Wan Aishah. 

"Keesokan harinya, saya ke rumah Aishah dan Kamal memaklumkan Khatijah tidak 
balik ke rumah saya. Ketika itu, kami sedar dia hilang," katanya ketika 
ditemui, semalam.

Mohd Kamal berkata, sebaik menyedari kehilangan ibunya, dia dan saudara mara 
segera mencarinya termasuk meninjau jambatan yang sering menjadi laluan ibunya 
itu.

"Akhirnya kami temui mayat ibu saya terapung dalam tali air kira-kira 500 meter 
dari jambatan yang hanya terletak 10 meter dari rumah saya," katanya.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Ketereh mengenai kejadian itu dan jenazah 
ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Kuang malam kelmarin. 

Mohd Kamal mendakwa, sebelum kejadian menimpa ibunya, penduduk sudah beberapa 
kali memohon kepada Kada supaya membaiki jambatan terbabit tetapi tiada 
tindakan diambil.

Katanya, sebelum ini, sudah beberapa kali penduduk kampung termasuk yang 
bermotosikal jatuh ke tali air itu ketika melalui jambatan berkenaan.

“Kelmarin, sebelum mayat ibu saya ditemui, ada orang datang meletakkan papan 
tanda di sini," katanya.

Tinjauan mendapati, papan tanda Awas Jambatan Ditutup dipasang pada jambatan 
itu tetapi penduduk mendakwa ia diletakkan kira-kira jam 10 pagi kelmarin.//BH 
30 Jun

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1519



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS 


    Visit your group "perakan" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


---------------------------------




            
---------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS 


    Visit your group "perakan" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


---------------------------------




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke