KOTA BHARU: Hukuman sebat bagi kesalahan jenayah syariah termasuk minum arak 
dan zina sudah dilaksanakan di Kelantan sejak 1987 dan setakat ini 13 pesalah 
sudah menjalani hukuman itu.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohammad, berkata sebatan mengikut Kanun Jenayah 
Syariah 1985 itu dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa di sini.

“Sejak hukuman sebat diperkenalkan pada Mei 1987, hingga kini 61 kes diputuskan 
boleh dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Kelantan, tetapi daripada 
jumlah itu hanya 13 pesalah sudah disebat.

"Bagi kes selebihnya, tidak dikenakan hukuman sebat kerana pertimbangan 
tertentu yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau ditemui selepas bersama rombongan 19 Ketua Hakim Syarie, Hakim Rayuan 
Syariah dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendengar 
taklimat dan melawat Penjara Pengkalan Chepa, dekat sini, petang kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kehakiman Syariah yang juga Ketua Hakim Syarie 
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan 
Pengarah Penjara Kelantan, Kushairi Manap.

Lawatan ke Penjara Pengkalan Chepa adalah pengisian program sempena mesyuarat 
Ketua-Ketua Hakim Syarie yang berlangsung di negeri ini selama tiga hari 
bermula 28 Jun lalu hingga semalam.

Daud berkata, hukuman sebat yang dilaksanakan mengikut kaedah ditetapkan.

"Saiz rotan sebat kesalahan syariah berukuran diameter satu sentimeter dan 
panjang satu meter berbanding rotan kesalahan sivil bersaiz diameter 1.25 sm 
dan panjang satu meter," katanya.//BH 1 Julai 




                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke