KOTA BHARU, 30 Jun Adakah anda masih ingat satu nama yang pernah menjadi
sebutan ramai, kerana sanggup meninggalkan partinya sendiri bagi bersama
memperkuatkan benteng PAS di Kelantan.
Sebelum itu, adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam percaturan politik di
Semenanjung apabila ada wakil rakyat sanggup bertukar parti, setelah parti
disertai berada di ambang kehancuran.
Beliau sanggup meninggalkan Parti Melayu Semangat 46 sebelum parti terbabit
berkubur bagi menyuntik kekuatan baru kepada PAS, di mana ketika itu, PAS
hanya mempunyai 25 Adun, sedangkan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46 ada 18
Adun.
Kedudukan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Kelantan di waktu itu, PAS
seramai 24 orang, Semangat 46 (10 orang), Umno (enam orang) dan MCA seorang.
Haji Nordin Yaakub, 62 menjadi penyelamat dan dinobat sebagai hero bagi
memperkuatkan lagi pertahanan PAS di DUN, ketika BN mendapat suntikan percuma
dengan penyertaan seramai 10 Adun bekas Semangat 46.
Peristiwa yang menggegarkan politik negara itu berlaku awal 1996 apabila Nordin
mengisytiharkan menyertai PAS di Dewan Zulkifli Mohamad di Pejabat Perhubungan
PAS Kelantan, sebaik sahaja kuliah pagi Jumaat yang disampaikan Tuan Guru Dato
Nik Abdul Aziz Nik selesai.
Suara takbir berulang kali dilaungkan ribuan penyokong PAS yang berada di dewan
berkenaan dan di Jalan Dato Pati. Inilah sejarah besar yang tidak dapat
dilupakan.
Keputusan nekad Adun Kelaboran itu disambut dengan tangis gembira penyokongnya
di Tumpat dan seluruh Kelantan. Lebih setahun kemudian Adun Tendong, Haji
Hussin Ahmad pula menurut jejak langkah Nordin. Bagaimanapun sebelum itu beliau
bersama Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Umno.
Bagaimanapun Nordin yang juga bekas pegawai tadbir negeri hari ini hanya mampu
terlantar di katil hospital dan tidak mampu lagi berjalan seperti orang lain.
Kedua-dua belah kakinya dipotong kerana penyakit kencing manis sejak empat
tahun lalu.
Lima tahun seolah-olah begitu singkat. Siang malam, malam siang.. saya tidak
terasa sudah terlantar sebegini lama, katanya ketika ditemui di wad 10
Hospital Kota Bharu, baru-baru ini.
Beliau ketika ditemui baru selesai menjalani dialisis buah pinggang dengan
dibantu isterinya, Fatimah Ahmad. Wajahnya agak temban tidak seperti Nordin
yang dikenali sebelum ini.
Cakapnya kadang-kadang agak sukar untuk difahami. Hanya kunjungan rakan-rakan
dapat mengubat hatinya. Rakan-rakan rapat masih lagi setia datang, begitu juga
Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat lain.
Saya tahu mereka tidak boleh selalu datang kerana sibuk dengan tugasan
masing-masing. Lima tahun terlantar di sini menyebabkan pegawai dan kakitangan
hospital menganggap saya adalah sebahagian daripada mereka, katanya yang
menjadi Adun Kelaboran selama dua penggal.
Isterinya yang lebih dikenali Kak Yah banyak membantu. Sebelah tangannya sudah
agak sukar digerakkan. Makan minum hanya dibantu Kak Yah dan anak-anak. Selain
penyakit tersebut bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu itu juga
mengidap penyakit jantung dan darah tinggi.
Sejak lima tahun lalu, Abang Din selalu keluar masuk hospital. Setiap hari
empat kali dialisis buah pinggang terpaksa dilakukan. Beberapa minggu lalu
beliau dimasukkan ke wad CCU, katanya.
Di awal pertemuan itu, Kak Yah menanyakan Haji Nordin sama ada kenal siapa yang
datang menziarahinya. Dengan suara jelas tak jelas, ingatannya ternyata masih
kuat. Minatnya terhadap politik juga tidak pernah pudar.
---------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/