KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 
Jeli, dekat sini mendakwa ditampar dan ditendang seorang guru di sekolahnya 
hingga pecah gegendang telinga kiri.

Serangan terhadap Mohd Hasrul Idzzhan Mohd Asri, 15, berlaku kira-kira jam 
12.30 tengah hari Isnin lalu selepas dia menemui adik perempuannya, Erni 
Farini, 13, di sekolah sama.

Mangsa mendakwa, dalam kejadian itu, dia ditampar guru terbabit pada bahu kanan 
sebelum menyusul dengan tamparan pada pipi kiri serta tendangan ke punggungnya.

Mohd Hasrul berkata, sehingga kini, dia tidak tahu punca diperlakukan demikian 
oleh guru terbabit yang turut bertindak mencabarnya bergaduh.

“Ketika kejadian, saya baru keluar dari makmal sains yang diajar guru itu. 
Secara tiba-tiba bahu saya ditumbuk dari belakang.

“Guru itu menampar kiri muka hingga telinga saya berdarah serta menendang 
punggung sambil mengajak bertumbuk membuatkan saya terpinga-pinga,” katanya 
ketika ditemui, semalam.

Mohd Hasrul berkata, sebelum kejadian, dia berjumpa adiknya, Erni Farini, yang 
belajar dalam Tingkatan Satu di sekolah bertanya masa untuk mereka pulang ke 
rumah hari itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar keluarganya ke Hospital Jeli sebelum 
dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan disahkan mengalami 
kerosakan gegendang telinga.

Bapa mangsa, Mohd Asri Che Mamat, 38, berkata berikutan kejadian itu, pada 
Selasa lalu, beliau ke sekolah anaknya bertemu pengetua bagi mendapatkan 
penjelasan

Beliau berkata, berikutan itu, anaknya membuat laporan di Balai Polis Kubang 
Kerian.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Harun Ismail, ketika 
dihubungi berkata, pihaknya berharap polis dapat menyiasat kes itu untuk 
mengenal pasti pihak yang bersalah dalam kejadian terbabit.//BH 4 Julai

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke