KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperhebatkan gerakan penerangan dan taklimat 
kepada rakyat berhubung pelaksanaan peraturan mewajibkan pasangan yang 
berkahwin menjalani ujian saringan HIV, di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Hassan Mahmood, 
berkata langkah itu perlu sebelum peraturan itu dikuatkuasakan awal Januari 
depan.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan negeri memperkemas dan menyiapkan garis 
panduan mengenai kaedah pelaksanaannya.

“Ini hasil kesedaran pemerintah yang bertanggungjawab menjaga rakyat supaya 
tidak terjebak dengan penyakit itu,” katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk 
Ahmad Mahir, menyarankan kerajaan negeri segera meluluskan program ujian HIV 
kepada bakal pengantin seperti dilaksanakan di negeri lain.

Ia berikutan kes HIV di Kelantan meningkat 200 peratus berbanding empat tahun 
kebelakangan ini.//BH 4 Julai


                
---------------------------------
Discover Yahoo!
 Find restaurants, movies, travel & more fun for the weekend. Check it out!

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke