TUMPAT, 4 Julai – Kerajaan negeri mengalu-alukan tindakan Pergerakan Pemuda 
Umno Kelantan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung 
dakwaan kononnya ada syarikat berselindung di sebalik aktiviti perlombongan 
bagi melakukan pembalakan haram di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan 
Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, kerajaan negeri yakin terhadap 
ketelusan yang diamalkan bagi pemberian lesen melombong dan pembalakan sebelum 
ini. 
“Insya Allah bukti-bukti yang bakal diperolehi BPR dapat menggambarkan keadaan 
sebenar, di mana kerajaan negeri tetap telus dan bersih,” katanya selepas 
majlis penyampaian bantuan Tabung Serambi Mekah dan Kebajikan Masyarakat di DUN 
Kelaboran di sini, hari ini. 
Khamis lalu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan di pejabat 
BPR berhubung dakwaan terdapat syarikat berselindung di sebalik aktiviti 
perlombongan bagi melakukan pembalakan haram di negeri ini. 
Menurut Dali Hussin aduan itu membabitkan 57 syarikat yang diberi lesen 
melombong sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan pada 1990. 
Sebelum ini pada persidangan DUN lalu Adun Kok Lanas, Dato’ Annuar Musa 
mendakwa syarikat tertentu berselindung di sebalik aktiviti melombong melakukan 
pembalakan haram sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian hasil melebihi 
RM80 juta. 
Ketika menggulung perbahasan isu tersebut Husam berkata, setiap lesen yang 
diluluskan terlebih dahulu perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Mineral 
dan Geosains. 
“Sesuatu lesen yang diluluskan mesti mempunyai pandangan termasuk daripada 
Jabatan Mineral dan Geosains. Jabatan itu berada di bawah kerajaan 
Persekutuan,” katanya. 
Bagaimanapun Exco terbabit mencadangkan Pemuda Umno mencari isu sebenar untuk 
dikemukakan kepada BPR dan bukan berasas andaian politik semata-mata. 
“Banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan dan bukannya isu yang berasaskan 
andaian kerana ia dibimbangi boleh menjejaskan masa pihak berkuasa untuk 
menyiasat,” katanya. 
Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat acap kali 
mengulangi pihaknya membuka ‘pintu’ 24 jam sehari bagi membolehkan pihak 
berkuasa menyiasat terhadap mana-mana dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan 
kerajaan negeri. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke