PASIR PUTEH: Seorang ibu yang sarat mengandung hanya sempat menjerit melarang
anaknya melintas jalan sebelum melihat kanak-kanak itu tergolek dilanggar
kereta di Kampung Air Terjun, Semerak, kelmarin.
Nurul Fahana Rozlan, 4, yang cuba mendapatkan ibunya, Normah Jaafar, 28, di
seberang jalan, dikatakan berhenti di tengah laluan apabila mendengar jeritan
itu sebelum dirempuh kereta.
Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari ketika Normah yang baru mengambil
anak sulungnya, Mohd Faisal, 6, dari tadika, mahu menjemput Nurul Fahana dan
adiknya, Mohd Fadhil, 2, di rumah nenek mereka di tepi jalan itu.
Nurul Fahana yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan
jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Pak Mayong, kira-kira jam 6.30
petang kelmarin.
Menceritakan detik yang menyayat hati itu, Normah berkata, beliau
memberhentikan keretanya di depan rumah mentua di kiri Jalan Tok Bali ke
Jelawat dan terlihat Nurul Fahana sedang bermain dengan kawannya di seberang
jalan itu.
Saya menjerit supaya tidak melintas kerana kereta terlalu banyak dan dia
berhenti di tengah jalan.
Sebaik saya keluar kereta, dia sudah tergolek beberapa kali di atas jalan
akibat dilanggar kereta itu, katanya, semalam.
Normah yang mengandung anak kelima berkata, dia memangku Nurul Fahana yang
berlumuran darah sebelum mengangkatnya ke kereta dibantu penduduk kampung dan
menghantarnya ke Hospital Tengku Anis.
Pemandu kereta itu tidak berhenti selepas kejadian tetapi membuat laporan polis
tidak lama selepas itu.
Ketika kejadian, suaminya, Rozlan Mat Yusof, 33, baru tiga hari bekerja sebagai
kelindan lori di Gua Musang dan pulang dua jam kemudian.
Normah berkata, kepetahan Nurul Fahana, hanya tinggal kenangan kerana mereka
tidak pernah merakam gambar anak ketiganya itu ketika hayatnya.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azman Ayob, berkata polis menahan
pemandu kereta terbabit berusia lingkungan 60-an untuk membantu siasatan ketika
dia tampil membuat laporan.
Lelaki itu, pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian, sudah dibebaskan dengan
jamin sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987.//BH 5 Julai
---------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/