TUMPAT: "Saya hanya mampu berdoa sambil memeluk seorang cucu berusia empat bulan ketika ribut kuat melanda sebelum rumah kami ditimpa dua batang pokok besar.
"Mujurlah ribut itu hanya beberapa minit, saya bersyukur tiada ahli keluarga yang cedera," kata Zaharah Sulaiman, 56, yang sebahagian rumahnya ranap dihempap dua pokok ketika ribut di Kampung Bendang Pak Yong, di sini, jam 8 malam, kelmarin. Dalam kejadian itu, 40 rumah rosak termasuk sebuah rumah ranap terus manakala sebuah lagi iaitu rumah Zaharah musnah dihempap dua batang pokok. Zaharah berkata, ketika kejadian dia baru selesai solat Maghrib sebelum terasa angin kencang yang berputar menyebabkan atap zink rumah melayang. Sementara itu, Penghulu Mukim Simpangan, Zainuddin Yaakub, ketika ditemui berkata 40 rumah penduduk di kampung itu rosak dan musnah berikutan kejadian itu. Beliau berkata, rumah warga emas, Esah Deraman, 80, yang sedang dibaiki, runtuh terkena rempuhan angin kencang itu dan mangsa bernasib baik kerana ketika kejadian, dia berada di rumah anaknya yang terletak kira-kira 10 meter dari itu. Seorang mangsa, Suji Salleh, 60, berkata dia hanya mampu berdoa ketika angin kencang menggegarkan bumbung rumahnya sebelum tercabut dan terpelanting sejauh kira-kira 10 meter. Katanya, ketika itu dia baru saja selesai solat dan menjenguk keluar rumah sebelum melihat pusaran sampah sarap sedang ditiup angin di hadapan rumahnya. "Selepas empat kali atap rumah saya terangkat, tiba-tiba satu tiupan angin yang amat kuat mencabut hampir keseluruhan atap di bahagian tengah rumah. Selepas itu, saya menyuruh lima anak saya berlindung di bawah rumah, kerana bimbang ia berulang lagi," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Husam Musa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, meninjau keadaan kedua-dua kampung itu.//BH 5 Julai __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
