KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengarahkan Persatuan
Pengusaha Burung Layang-Layang Kelantan mendaftarkan pengusaha industri itu di
seluruh negeri ini.
Yang Dipertuanya, Abd Aziz Abd Rahman, berkata usaha itu bertujuan memudahkan
pihaknya mengumpul maklumat terperinci mengenai jumlah sebenar pengusaha yang
ramai sekitar bandar ini.
Katanya, arahan itu bukan bertujuan merugikan pengusaha yang sebelum ini
dilaporkan bimbang berikutan cadangan MPKB untuk memindahkan industri itu ke
kawasan lapang di Kampung Banggol, dekat sini.
"Kerajaan negeri kini sedang mengumpul maklumat bilangan sebenar pengusaha
industri sarang burung layang-layang bagi memudahkan kita menyelesaikan
pelbagai masalah berbangkit.
"MPKB meminta kerjasama persatuan itu supaya semua syarikat yang mengusahakan
industri berkenaan didaftarkan, tetapi ia bukan untuk tujuan pelesenan,"
katanya di sini, semalam.
Abd Aziz berkata, ketika ini kerajaan negeri belum menetapkan sebarang
peruntukan undang-undang bagi mengawal industri sarang burung layang-layang
menyebabkan tidak ada rekod terperinci mengenainya.
"Industri sarang burung layang-layang di negeri ini lebih tertumpu di sekitar
bandar ini selain beberapa kawasan di Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan
Bachok," katanya.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Burung Layang-Layang Kelantan, Tan Choon Hwa,
berkata pihaknya akan bekerjasama merekodkan pengusaha sarang burung
layang-layang di seluruh negeri ini.
Katanya, setakat ini ada kira-kira 300 pengusaha industri itu yang bergiat
mengusahakan sarang burung layang-layang tetapi 100 saja yang menjadi ahli
persatuan dan kebanyakan mereka di bandar ini, Pasir Mas, Tumpat dan Kuala Krai.
"Pihak persatuan juga akan memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan bandar
terutama memastikan bangunan kediaman yang kini dijadikan sarang burung
layang-layang bersih daripada najis burung itu.
"Kita juga akan memastikan bangunan dicat indah serta tingkat bawah premis itu
dijadikan kedai perniagaan," katanya.
Beliau berkata, pihak persatuan juga akan mengeluarkan logo kepada setiap ahli
yang persatuan tetapi tertakluk kepada peraturan yang bakal ditentukan PBT,"
katanya.//BH 5 Julai
---------------------------------
Yahoo! Mail Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/