TANAH MERAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengenal pasti 230 kes di 
seluruh negeri ini sejak awal tahun ini membabitkan kebakaran yang sengaja 
dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab termasuk membakar lalang, kebun 
dan sampah sarap. 
Dalam tempoh sama, sejumlah 592 kes kebakaran yang membabit kerugian kira-kira 
RM7.7 juta, manakala harta yang berjaya diselamatkan hampir RM6 juta.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Yahaya Madis, berkata kebakaran 
membabitkan peralatan elektrik menurun 66 kes berbanding tahun lalu kerana 
kebanyakan masyarakat sudah sedar keselamatan dalam rumah masing-masing.

Beliau berkata, kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok meningkat 
berbanding tahun lalu kerana segelintir mereka kurang prihatin terhadap 
keselamatan.

"Berikutan itu, kita mengadakan pelbagai program dan kempen bagi meningkatkan 
kesedaran orang awam mengenai bahaya kebakaran. Kempen itu adalah program yang 
memerlukan pembabitan semua golongan masyarakat di negeri ini.

"Selain itu, kempen ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai 
untuk mengelak bahaya kebakaran di tempat kerja atau di rumah kediaman," 
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Balai Bomba dan 
Penyelamat Tanah Merah, di sini, semalam. Majlis itu disempurnakan Sultan 
Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul 
Hamid.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk 
Seri Lokman Hakim Mohd Jasan.

Lokman Hakim yang membaca teks ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata kerajaan berharap wujudnya balai bomba dan 
penyelamat di Tanah Merah, dapat menyuburkan lagi aktiviti ekonomi kawasan ini 
dan memberi jaminan kepada pelabur ke situ.

Beliau berkata, Balai Bomba Tanah Merah yang bermula pembinaannya 26 Oktober 
1999 atas tapak seluas 1.186 hektar siap sepenuhnya pada 4 Jun 2001 dengan kos 
sebanyak RM4.6 juta.

Katanya, balai bomba berkenaan mula beroperasi pada 1 November 2001 dengan 
merangkumi dua balai, sebuah menara kawad dan blok rumah kakitangan.

"Dengan terbinanya Balai Bomba dan Penyelamat ini, keupayaan bomba dan 
penyelamat dalam memberi khidmat perlindungan kebakaran kepada penduduk di sini 
dan akan menjadi lebih baik lagi," katanya.//BH 5 Julai


                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke