KOTA BHARU: Seramai 70 remaja, pelajar sekolah dan kolej swasta menyertai 
Program Interaksi Sihat Remaja 2005 (Inspirasi) selama tiga hari, anjuran 
Jabatan Kesihatan Kelantan dan Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), 
baru-baru ini.

Program yang diadakan di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, 
Kuantan, Pahang itu adalah susulan Program Eksplorasi Minda Remaja 2005 
(X-Mindar05), mulai 6 hingga 9 Jun lalu.

Antara yang mengambil bahagian termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk 
Ahmad Maher; SMK Ketereh, SMK Sultan Ismal; SM Agama Maahad Muhammadi 
(Perempuan) dan Kelab Belia Young to Young (R2R). 

Ketua Fasilitator program dari PTPL, Mohamad Norazhar Mohamad Noordin, berkata 
program itu diisi dengan pelbagai kegiatan bercorak keagamaan dan fizikal.

"Program Inspirasi menekankan aspek kenali dan kemajuan diri, serta 
perbincangan masalah sosial remaja, selain meningkatkan pengetahuan dan 
kesedaran remaja mengenai bahaya sesuatu penyakit, cara pencegahan dan 
mengawalnya.

"Ia menggalakkan sikap positif di kalangan remaja supaya menghindari daripada 
sebarang risiko penyakit Aids dan HIV serta gejala sosial lain," katanya.

Beberapa peserta ditemui berkata, mereka amat bertuah dapat mengikuti program 
itu kerana banyak manfaat diperolehinya, walaupun dalam tempoh singkat.

Wan Zahira Wan Mohd Nazi, 21, berkata program yang pertama kali disertainya itu 
dapat membina keyakinan diri kerana diselitkan dengan pelbagai aktiviti lasak.

"Program ini memberi pendedahan baru mengenai isu semasaseperti Aids dan HIV," 
kata pelajar semester akhir jurusan diploma Pengurusan di PTPL itu.//BH 5 Julai


                
---------------------------------
Discover Yahoo!
 Get on-the-go sports scores, stock quotes, news & more. Check it out!

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke