KOTA BHARU: Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan perlu
terus berusaha meningkatkan kadar penyelesaian kes jenayah negeri ini, bagi
memastikan mereka yang terbabit segera dihadapkan ke mahkamah.
Ketua jabatan itu yang baru, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, 54,
berkata tahap penyelesaian kes di negeri ini adalah melebihi 50 peratus
berbanding 20 peratus di peringkat dunia.
Mohd Razalli berkata, dengan sokongan 54 pegawai dan 200 anggota di negeri ini,
tahap itu mampu terus ditingkatkan dengan sokongan pegawai dan anggota setiap
daerah.
"Saya yakin pegawai dan anggota negeri ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya
kepada saya dalam menjalankan tugas bagi meningkatkan usaha dalam menangani
jenayah.
"Kita perlu bekerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan tugas termasuk
menahan dan menjalankan siasatan berhubung pelbagai masalah jenayah yang
dikesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas
antara beliau dan Pemangku Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan
Shafei Ismail.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Cawangan Khas Kelantan, Asisten
Komisioner Abdul Hamid Bador.
Sebelum ini, Mohd Razalli yang berkelulusan Diploma Sains Polis dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Bantuan
Teknik Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur.//BH 5 Julai
---------------------------------
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/