TUMPAT, 5 Julai - Seorang peniaga yang bertindak nekad dengan melompat ke atas 
keretanya apabila mendapati kenderaan itu dicuri di Kampung Bendang Keriang di 
sini Isnin malam, mati kerana cedera parah.

Pencuri kereta berkenaan yang dipercayai seorang rakyat negara jiran, cedera di 
muka dan dirawat di Hospital Tumpat.

Ketua Daerah Polis Tumpat Supt Jamaluddin Abdul Majid berkata Ibrahim Mat Noor, 
31, memasuki sebuah kedai di situ tanpa mematikan enjin kereta dan apabila 
menyedari seorang lelaki melarikan kenderaan itu, beliau melompat ke atas 
cermin depan.

Pencuri terbabit memecut kenderaan itu sejauh lima kilometer dengan Ibrahim 
berpaut pada pintu depan sebelum kenderaan itu terbabas lalu melanggar tiang 
telefon dan sebuah lori di tepi jalan, katanya kepada Bernama di sini hari 
Selasa.

"Lelaki yang melarikan kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut dan setakat ini 
polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 
1987," katanya.

Jamaluddin menasihatkan pemilik kenderaan supaya mematikan enjin kereta ketika 
meninggalkan kenderaan masing-masing walaupun untuk tempoh masa yang singkat.

Abang ipar Ibrahim, Rozlan Kasim, 40, berkata mangsa sempat meminta tolong 
daripada orang ramai ketika bergantung di pintu depan kereta itu.

Orang ramai bagaimanapun tidak dapat membantunya kerana kejadian itu berlaku 
dengan pantas, katanya.//Bernama



                
---------------------------------
Yahoo! Sports
 Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke