KOTA BHARU 6 Julai - Lelaki warganegara Thailand yang melarikan kereta seorang
pembantu kedai di Kampung Bendang Keriang, Tumpat malam kelmarin, tidak
mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Tumpat setelah diberi rawatan
akibat kecederaan, bagaimanapun dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat
petang ini dan direman sehingga Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Jamaluddin Abdul Majid berkata, suspek
itu akan disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan berhubung kejadian
tersebut.
``Polis juga telah menjalankan ujian air kencing ke atas suspek,'' katanya.
Dalam kejadian pukul 10 malam kelmarin, seorang pembantu kedai, Ibrahim Mohd.
Noor, 31, maut ketika cuba menyelamatkan kereta Proton Iswara Aeroback miliknya
daripada dicuri oleh suspek dengan melompat ke atas cermin hadapan dan berpaut
pada pintu kenderaan itu.
Sebelum kejadian, mangsa meninggalkan keretanya tanpa mematikan enjin untuk
menghidupkan lampu di Klinik Desa Bendang Keriang, tempat isterinya, Semah
Kassim, 26, bekerja.//UM 7 Julai
perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Peniaga Mati Cuba Selamatkan Kereta Dicuri
TUMPAT, 5 Julai - Seorang peniaga yang bertindak nekad dengan melompat ke atas
keretanya apabila mendapati kenderaan itu dicuri di Kampung Bendang Keriang di
sini Isnin malam, mati kerana cedera parah.
Pencuri kereta berkenaan yang dipercayai seorang rakyat negara jiran, cedera di
muka dan dirawat di Hospital Tumpat.
Ketua Daerah Polis Tumpat Supt Jamaluddin Abdul Majid berkata Ibrahim Mat Noor,
31, memasuki sebuah kedai di situ tanpa mematikan enjin kereta dan apabila
menyedari seorang lelaki melarikan kenderaan itu, beliau melompat ke atas
cermin depan.
Pencuri terbabit memecut kenderaan itu sejauh lima kilometer dengan Ibrahim
berpaut pada pintu depan sebelum kenderaan itu terbabas lalu melanggar tiang
telefon dan sebuah lori di tepi jalan, katanya kepada Bernama di sini hari
Selasa.
"Lelaki yang melarikan kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut dan setakat ini
polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987," katanya.
Jamaluddin menasihatkan pemilik kenderaan supaya mematikan enjin kereta ketika
meninggalkan kenderaan masing-masing walaupun untuk tempoh masa yang singkat.
Abang ipar Ibrahim, Rozlan Kasim, 40, berkata mangsa sempat meminta tolong
daripada orang ramai ketika bergantung di pintu depan kereta itu.
Orang ramai bagaimanapun tidak dapat membantunya kerana kejadian itu berlaku
dengan pantas, katanya.//Bernama
---------------------------------
Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items.
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/