TUMPAT, 5 Julai Seramai 369 orang telah menyertai pertandingan wau sempena 
pesta wau kebangsaan kelantan kali ke-23 yang diadakan 1 hingga 3 julai lalu.

Penyertaan ini termasuk mewakili 8 buah negeri, MAS Kelantan, MAS Kuala Lumpur 
serta 11 penyertaan untuk katogeri pelajar.

Pesta ini merupakan acara tahunan permainan tradisional negeri ini yang 
dianjurkan sejak 23 tahun yang lalu dan ianya juga dimasukkan dalam kalendar 
pelancongan negara yang turut berjaya merangsang aktiviti pelancongan dan 
aktiviti sosial rakyat.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata Kerajaan sentiasa menyokong 
dan membantu pihak yang berusaha menghidupkan pelbagai aktiviti tradisional 
termasuk bidang kebudayaan dan permainan sekiranya tidak bercanggah.

“Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang popular di negeri ini,yang 
diminati oleh penduduk yang tinggal dikawasan pantai pada satu masa dahulu.

“Namun kini ia telah menjadi satu permainan kebanggaan sesetengah lapisan 
masyarakat dan seharusnya diteruskan agar generasi baru dapat mewarisi.

“Selain itu juga,ianya mampu membudayakan sesuatu yang berbeza antara negeri 
yang membuktikan keunikan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia,” ujarnya ketika 
berucap merasmikan majlis penutup pesta wau kebangsaan baru-baru ini.

Pelbagai jenis wau dipertandingkan sepanjang tempoh itu termasuk wau bulan,wau 
kikit laga,wau rokaku,wau kucing dan juga wau puyuh.

Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan 
Masyarakat negeri, Dato’ Anuar Tan Abdullah berkata sepanjang pertandingan 
pelbagai jenis wau dan rekabentuk dipamerkan yang mampu menarik ribuan 
pengunjung.

“Saya yakin, permainan ini akan terus berkembang dan akan dimainkan untuk 
jangka masa yang lama lagi melihatkan kesungguhan dan minat yang begitu tinggi 
dari kalangan belia,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Tumpat (MDT) Haji Mohd Ariff Mohd Noor, 
Ketua WHIP MDT, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood serta Pengerusi Pelayang Kelantan 
Nik Ariff Nik Hassan.//UPKN


                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke