KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia 16 bulan yang baru pandai bertatih 
ditemui lemas dalam lubang air kumbahan tanpa disedari ibunya yang sarat 
mengandung dekat Pengkalan Chepa, kelmarin.

Mayat anak bongsu kepada tujuh beradik, Rosdi Zahuddin, ditemui ibunya, Wan 
Roslina Wan Ismail, 35, dalam lubang 1.5 meter yang terletak belakang rumah 
sewa mereka di Kampung Pengkalan Nangka, kira-kira jam 12 tengah hari.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain sendirian manakala ibunya 
yang mengandung lapan bulan anak kesembilan melayan adik-beradiknya yang lain 
sambil memasak di dapur.

Kehilangan Rosdi hanya disedari ibunya kira-kira jam 11.40 pagi sebelum 
bergegas mencarinya sambil menjerit memanggil nama anaknya.

Jirannya yang juga pemilik rumah sewa itu, Rokiah Arshad, 52, berkata dia 
menyedari kejadian itu apabila terdengar jeritan Wan Roslina sebaik melihat 
anaknya terapung dalam lubang kumbahan itu. 

"Saya dengar emaknya menjerit, Ya Allah! anakku. Ya Allah! anakku...mati. Saya 
keluar tengok, nampak Roslina cuba mengangkat anaknya keluar dari lubang 
terbabit. 

"Saya tak tahu macam mana dia boleh terjatuh, mungkin tergelincir kerana 
kanak-kanak itu sedang belajar berjalan. Makcik nampak lubang itu ditutup 
kepingan asbestos yang terpaksa dialihkan untuk mengeluarkan Rosdi yang ketika 
itu terapung," katanya.

Rokiah berkata, seorang jiran lelaki datang membantu mengeluarkan Rosdi dari 
lubang itu dan menghantarnya ke Klinik Kesihatan Keluarga di Padang Tembak 
sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, lubang itu dibina untuk penyewa rumah di situ mengalirkan sisa air 
kumbahan dari dapur kerana tiada longkang di kawasan itu. 

Rosdi dikebumikan di Kampung Binjai berhampiran Banggol, dekat Jalan Pantai 
Cahaya Bulan (PCB), dekat sini, kira-kira jam 4 petang selepas bapanya, 
Zahuddin Mohamad, 38, membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa kira-kira 
jam 12.45.

Ketika Berita Harian mengunjungi tempat kejadian, keluarga mangsa tiada di 
rumah itu kerana pulang ke rumah ibu bapa mereka.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati kanak-kanak itu 
tergelincir dan terjatuh ke dalam lubang itu dan disahkan mati kerana lemas 
dalam takungan itu.//BH 6 Julai


                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke