KOTA BHARU: Pendapatan peneroka Felda negeri ini kini berada pada tahap terbaik apabila memperoleh lebih RM1,500 sebulan daripada hasil pengeluaran sawit masing-masing.
Pendapatan baik sejak setahun lalu itu diharap berterusan bagi memudahkan peneroka melunaskan hutang Bayaran Kembali (BK) pembangunan tanah sekali gus mempercepatkan pemberian hak milik kepada mereka yang disasarkan selesai pada 2015. Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Kasimon Saleh, berkata pendapatan itu tidak semestinya kekal pada paras tinggi sepanjang masa kerana ia bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa. Beliau berkata, sejak setahun lalu sehingga kini, pendapatan peneroka Felda negeri ini direkodkan pada tahap yang amat baik iaitu antara RM1,700 hingga RM1,900 sebulan. "Felda menjangka pemberian hak milik kepada lebih 2,500 peneroka membabitkan sembilan tanah rancangan negeri ini selesai dalam tempoh 10 tahun lagi selepas mereka melunaskan hutang BK menjelang 2015. "Setiap peneroka akan diberi tanah seluas empat hektar sekali gus menjadi harta milik kekal mereka. "Setakat ini kita sudah memberi hak milik termasuk tanah ladang dan lot rumah kepada 598 peneroka di Gugusan Kemahang Satu dan Dua di Tanah Merah, membabitkan kawasan kira-kira 3,348 hektar," katanya. Beliau memberitahu demikian selepas Seminar Ketua Blok Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Peneroka Felda di Hotel Grand Riverview, di sini, semalam. Seminar dua hari itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Annuar Musa. Kasimon berkata, pemberian hak milik itu juga antara komitmen Felda terus membela nasib peneroka dan memastikan mereka mempunyai hartanah kekal di samping menikmati pelbagai kemudahan lain disediakan agensi itu. "Yang pasti, agenda Felda terus meningkatkan taraf hidup peneroka supaya mempunyai pendapatan yang baik selain daripada hasil ladang kelapa sawit," katanya. Mengenai program pembangunan usahawan Felda di negeri ini, beliau berkata, seramai 153 usahawan yang juga peneroka agensi itu sudah menikmati kemudahan pinjaman berjumlah RM1.2 juta menerusi Skim Insentif Usahawan Felda (SIUS) sejak tiga tahun lalu. Katanya, Felda menyediakan peruntukan berjumlah RM50 juta sebagai modal pusingan untuk program pembangunan usahawan peneroka agensi di seluruh negara menerusi tabung SIUS itu. "Maksimum pinjaman SIUS diberikan kepada pemohon RM10,000 untuk membantu meningkatkan program pembangunan keusahawanan peneroka Felda dalam bidang ternakan, akuakultur, perusahaan, tanaman, pembuatan dan makanan," katanya.//BH 6 Julai. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
