GUA MUSANG: Aktiviti pelancongan yang diperkenalkan di luar bandar oleh 
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mampu menyediakan pelbagai peluang 
ekonomi kepada masyarakat.

Ia sekali gus membantu mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan sumber 
pendapatan penduduk yang selama ini terhad kepada sektor pertanian semata-mata.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Mohd 
Tap Salleh, berkata program pelancongan di luar bandar turut menarik 
pembangunan serta mengubah minda masyarakat.

"Setiap tahun, program dilaksanakan agensi bawah kementerian ini meningkat 
terutama pilihan tempat menarik yang menjadi pusat rekreasi yang mampu menarik 
pelancong dalam dan luar negara.

"Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan kaedah tempat tinggal secara homestay 
yang berjaya menarik minat penduduk untuk terbabit sama di rumah mereka.

"Ini adalah langkah baik ke arah memperkukuhkan perpaduan di kalangan 
masyarakat kampung di samping dapat bermesra dengan pelancong asing," katanya 
kepada pemberita selepas penutup Cabaran Nenggiri 2005 di Kampung Star, dekat 
sini, semalam.//BH 6 Julai


                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke