KOTA BHARU: Tali air adalah keperluan penting dan menjadi nadi petani dalam 
kawasan pentadbiran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) untuk mengairi 
sawah mereka mengikut jadual.

Ini kerana, sebahagian daripada 60,000 hektar kawasan pentadbiran Kada yang 
terletak di Kelantan Utara adalah kawasan sawah padi merangkumi 31,440 hektar.

Rangkaian tali air yang dibina oleh Kada membentuk satu rangkaian pengairan 
membabitkan 635 kilometer tali air utama, manakala 373 kilometer tali kecil 
sebagai jejari yang dibina menyusuri sawah.

Meskipun rangkaian saliran itu kelihatan sempurna berikutan kemudahan yang 
disediakan itu, namun petani masih berdepan dengan kesukaran bekalan air yang 
mencukupi untuk tanaman padi mereka.

Antara masalah yang sering dikaitkan pada tali air Kada termasuklah tersumbat, 
tali air kecil tidak selari ketinggian tanah sawah di sesuatu kawasan di 
samping perbuatan khianat pihak tertentu menyekat saliran.

Seorang petani, Ghazali Merah, 65, berkata sawahnya sering menghadapi masalah 
mendapatkan bekalan air daripada tali air Kada setiap kali musim menanam padi 
bermula.

“Selain tali air tersumbat, ada kalanya pihak tertentu menyekat air daripada 
memasuki ke sawah termasuk menutup pintu air di tali air utama. Kita tidak tahu 
siapa dalangnya tetapi ia berlaku dan sudah dimaklumkan kepada Kada.

“Ada juga tali air kecil tersumbat dengan rumput dan tanah menyebabkan saliran 
tidak sempurna ke sawah,” katanya yang mengusahakan sawah seluas 0.8 hektar 
sejak 40 tahun lalu di Kampung Dendang, Ketereh dekat sini.

Petani, Razali Abdul Manaf, 46, yang mengusahakan tanah seluas 2.8 hektar sejak 
lebih 20 tahun lalu, mengakui masalah bekalan air sentiasa dihadapi untuk 
mengairi sawahnya.

Beliau mendakwa, satu punca saliran tali air Kada sering tersekat disebabkan 
pelbagai sampah sarap dan rumput yang dibiarkan memenuhi tali air menjejaskan 
saliran air ke sawah.

“Masih banyak tali air dipenuhi rumput yang boleh menjejaskan kelancaran aliran 
air ke sawah. Memang Kada sentiasa membersih tali air tetapi ia perlu dibuat 
secara berterusan dan menyeluruh ke tali air kecil,” katanya.

Beliau berharap, dengan Datuk Annuar Musa yang baru dilantik sebagai Pengerusi 
Kada dapat mengambil perhatian mengenai masalah rumput rampai yang memenuhi 
tali air Kada selama ini.

“Kita yakin beliau akan berbuat sesuatu yang baik untuk faedah petani termasuk 
memperbaiki sistem tali air yang menjadi penyalur air utama kepada sumber 
rezeki penduduk ini,” katanya. 

REAKSI 

“Kada sedang menyusun kaedah meningkatkan budaya penjagaan tali air supaya 
dapat memberi faedah maksimum kepada petani. Masa sama, rakyat jangan 
menganggap penjagaan tali air hanya tugas Kada kerana ia sebenarnya 
tanggungjawab bersama kerana tanpa tali air tidak akan ada Kada" Datuk Annuar 
Musa, Pengerusi Kada 

Fakta:

* Tali air Kada 1008 kilometer. 
* Siap dibina sebelum 1986 
* Merangkumi 60,000 hektar kawasan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh 
dan Bachok.
* Tanaman padi 31,440 hektar//BH 7 Julai

                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke