KOTA BHARU: Kekecewaan seorang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli apabila 
rumah dan keretanya tertimbus dalam tanah runtuh ketika hujan lebat pada malam 
Aidilfitri 14 November tahun lalu terubat, apabila dia menerima pampasan 
RM2,000 bagi sebuah komputer yang turut musnah dalam kejadian itu.

Ab Shatar Shafie, 48, menerima cek bayaran pampasan itu daripada syarikat 
perkhidmatan bantuan permotoran Sannical Auto Asist (SAA), anak syarikat 
Guardnet Technology Sdn Berhad (Guardnet).

Cek itu disampaikan Pengurus Jualan Kawasan SAA Kota Bharu, Rohaimi Abd Razak, 
di pejabatnya di sini, semalam.

Abd Shatar berkata, beliau tidak menduga langkahnya mengambil polisi kemalangan 
dengan SAA mendapat pulangan balik apabila komputer bernilai RM3,500 yang 
dibelinya dua tahun lalu menerusi skim pengeluaran pembelian komputer Kumpulan 
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut dilindungi insurans.

Beliau hanya menyedari perkara itu ketika hendak membaharui yuran tahunan di 
kaunter bergerak SAA di sebuah pasar raya di Tanah Merah, dua minggu sebelum 
polisinya tamat tempoh sah.

Mengimbau kembali detik cemas ketika kejadian tanah runtuh itu, Ab Shatar 
berkata, mereka sekeluarga berasakan seperti mati hidup semula selepas 
terselamat dalam kejadian itu.//BH 7 Julai


                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke