PASIR MAS: Seorang petugas wanita Telekom Malaysia Berhad maut, manakala dua 
rakan setugasnya parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka 
terbabas merempuh pokok mangga di sini, petang semalam. 

Mangsa, Zeton Abdul Aziz, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera 
parah di kepala selepas tersepit dalam remukan kenderaan itu dalam kemalangan 
jam 4 petang dekat Kampung Semubar dekat sini.

Dua rakannya, Hashim Seman, 52 dan Rafar Hussin, 46, kini koma dan dirawat di 
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. 

Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Mas, Inspektor 
Austin Patrick, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke Pasir 
Mas selepas tugasan luar di Tanah Merah.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan terbabit yang dipandu 
seorang mangsa yang koma itu, dikatakan terbabas ke kanan jalan sebelum 
merempuh sebatang pokok mangga.

"Dua kakitangan lelaki Telekom Malaysia itu sempat dikeluarkan oleh orang awam 
yang melihat kejadian itu, manakala mangsa tersepit di bahagian depan kenderaan 
terbabit menyebabkan anggota bomba dan penyelamat dipanggil membantu 
mengeluarkannya,” katanya.//BH 7 Julai


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke