KOTA BHARU, 6 Julai : Kerajaan negeri hari ini meluluskan kawasan seluas 100
ekar kepada Kolej Universiti Antarabangsa Twintech untuk dijadikan kampus
cawangannya di Kelantan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kolej tersebut
kini sudah mengambil pelajar dengan menyewa di premis sementara di bangunan
Petronas di Lundang.
Kolej itu mengendalikan pengajian berasaskan sains dan teknologi serta agama
membabitkan pelajar dari seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Tapak kampus kekal itu terletak tidak jauh daripada UiTM Cawangan Kelantan di
Machang dan dijangka beroperasi tiga tahun lalu selepas segala prasarananya
siap dibina.
Menteri Besar berkata, kolej berkenaan dijangka mengambil kira-kira 300 pelajar
peringkat pertama pada sesi pengajian tahun ini.
Sehingga kini Kelantan mempunyai beberapa buah pusat pengajian tinggi awam dan
swasta, antaranya Universiti Sains Malaysia, Akademik Islam Universiti Malaya,
UiTM, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Kolej Jaipetra,
Institut Teknologi Darulnaim, Universiti Tun Abdul Razak, Kolej Tun Abdul Razak
dan Institut Teknologi Cosmopoints.
Selain itu, sebuah lagi kolej swasta baru beroperasi di Kelantan iaitu Kolej
Islam Sains dan Teknologi yang mengendalikan kursus pramedik dibina di Kandis,
Bachok.
Menurut Menteri Besar juga, kerajaan negeri memberi insentif pembayaran premium
tanah agak rendah kepada kolej Twintech bagi menyokong pembinaan kampus
tersebut.
Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri
mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) dan Jabatan Pertanian
membuat kajian mengenai tahap suhu di Tanah Tinggi Lojing selepas pembangunan
pesat dilaksanakan di kawasan tersebut sekarang.
Kajian itu dibuat bagi memastikan tahap suhunya dan mengelakkan daripada
menjadi panas seperti di Cameron Highlands. Kawasan itu sehingga kini dijadikan
tempat penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan, ujarnya.
Oleh itu katanya, pembangunan kawasan itu yang terletak lebih 3,000 kaki dari
aras laut akan dipastikan lebih terkawal bagi mengelakkan berlaku perubahan
suhu.
Beliau berkata, biar pun masih banyak lagi kawasan itu belum dibangunkan, namun
kerajaan lebih berhati-hati bagi memastikan suhu yang ada sekarang terus kekal.
Bagaimanapun beliau menolak tanggapan mengatakan perubahan itu berlaku
disebabkan kegiatan pembalakan yang berlaku sebelum ini.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, katanya juga kerajaan negeri
mempunyai pilihan lain iaitu mengenal pasti satu kawasan tanah pamah seluas
1,200 ekar tidak jauh dari Taman Negeri Stong untuk dimajukan pada masa akan
datang.
Kawasan baru itu dikenali sebagai Sungai Belaga cukup sesuai dimajukan
memandangkan keadaan suhu hampir sama dengan Lojing sehingga mencapai tahap 11
darjah celsius pada masa tertentu, katanya.
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/