KOTA BAHARU, 6 Julai - Polis sudah mengenalpasti dua daripada lima lelaki yang merompak wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira RM1.5 juta milik ahli perniagaan terkenal, Datuk Yaakub Muhammad atau lebih dikenali sebagai Yamud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Razalli Mohd Yusof berkata kedua-dua mereka adalah penduduk tempatan yang turut dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dengan beberapa rekod jenayah pecah rumah sebelum ini. Bagaimanapun katanya tiga lagi anggota kumpulan yang merompak kediaman Yaakub di Labok, Machang pada 23 Jun lalu, dipercayai pendatang asing dari Indonesia. "Polis kini sedang menyiapkan lakaran gambar penjenayah berkenaan untuk diedarkan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Menurut beliau, lakaran lelaki berkenaan dibuat berdasarkan maklumat orang awam yang melihat mereka lelaki berkenaan yang berlegar-legar berdekatan rumah Yaakub beberapa hari sebelum kejadian. Dalam kejadian bulan lalu, sekumpulan perompak yang menutup wajah mereka dengan kain dan tuala telah memecah masuk kediaman Yaakub pada kira-kira pukul 3 pagi dengan bersenjatakan selaras senapang patah yang dirampas dari pengawal keselamatan rumah yang telah dipukul dan diikat sebelum itu. Yaakub yang aktif dalam politik sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian Machang dan menjadi anggota Dewan Undangan negeri kawasan Banggol Judah pada tahun 80-an.//Bernama --------------> Lesco <[EMAIL PROTECTED]> wrote ; > MACHANG : Lima lelaki melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM1.5 > juta dari >banglo seorang jutawan dekat Labok di sini, awal pagi semalam. Mereka yang dipercayai pernah mengunjungi kediaman itu sebagai tetamu menceroboh rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi menerusi bahagian belakang kediaman itu selepas merampas senapang patah dan mencederakan pengawal keselamatan, Hamzah Mohamad, 52. Kumpulan itu mengikat jutawan, Datuk Yaakub Muhamad, 65, yang lebih dikenali sebagai Yamud dan isterinya, Datin Noriati Ahmad, 48, selepas menahan menantu pasangan itu, Shahrul Akma Farid, 24, sebelum mengarahkannya mengejutkan mereka. Seramai 16 penghuni tidur di banglo tiga tingkat itu, tetapi kejadian hanya disedari tujuh orang termasuk pengawal keselamatan kerana perompak terbabit terus naik ke tingkat tiga yang menempatkan bilik tidur jutawan itu. Perompak yang menutup sebahagian muka dengan kain yang diambil dalam kediaman itu, menurunkan semua langsir dalam rumah serta memastikan cahaya lampu dalam rumah itu kelihatan samar. Yaakub yang ditemui selepas kejadian itu berkata, pada Mac lalu, tingkat dua banglo itu pernah dimasuki pencuri tetapi tidak sempat melarikan barang kerana pencerobohan itu disedari ahli keluarganya. Noriati berkata, selepas mengikat mereka, perompak terbabit membuka lampu biliknya dan memintanya membuka peti besi di bilik itu. "Selepas saya membuka peti besi, mereka ikat tangan dan mulut saya semula sebelum mengaut wang tunai RM500,000 dan pelbagai barang kemas yang berada dalam empat bekas plastik bernilai kira-kira RM1 juta dan dimasukkan ke dalam beg pakaian yang diambil dalam bilik kami," katanya. Katanya, selepas itu seorang perompak membawanya ke bilik anak ketiga, Norshahwilyana, 22, yang juga isteri Shahrul Akma. "Sebaik masuk ke bilik itu, perompak terbabit mengambil wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira RM16,000 termasuk lima telefon bimbit," katanya. "Sebelum melarikan diri, kumpulan perompak itu meninggal wang RM200 atas meja solek bilik tidur saya, kata mereka untuk kami belanja beli nasi berlauk pagi ini," katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ishak Abd Majid, berkata pengawal keselamatan kediaman itu patah gigi akibat ditumbuk perompak kerana cuba melawan dan menendang perompak ketika cuba mengikatnya, manakala semua mangsa lain tidak cedera. "Polis turut menemui dua pasang sarung tangan, alat pengumpil pintu, satu pisau rambo hasil pemeriksaan di sekitar semak belakang kediaman mangsa. Perompak dipercayai rakyat Indonesia dan tempatan kerana menggunakan loghat masing-masing. "Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah," katanya.//BH 24 Jun __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
