KOTA BHARU, 7 Julai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa Negeri
Dr Nik Mazian Nik Mohamed melancarkan acara kembaratani Pengurusan Jabatan
Pertanian Negeri ke Jajahan semalam.
Kembara selama dua hari itu akan melawat 10 jajahan di negeri ini untuk bertemu
dengan pengusaha serta petani di peringkat akar umbi yang di ketuai Pengarahnya
Dato Othman Ngah.
Menurut Dr Nik Mazian, program sebegini harus diadakan dari semasa ke semasa
untuk mendekati permasalahan yang dihadapi golongan petani serta berkongsi
kegembiraan yang mereka kecapi.
Saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Pertanian khususnya yang
selama ini bertungkus lumus menabur jasa kepada petani untuk menjayakan projek
pertanian bagi memaju dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.
Bakti serta ketekunan dan keikhlasan yang ditaburkan oleh pegawai membantu
golongan ini amat besar nilainya, ujarnya ketika berucap melancarkan
kembaratani sempena sambutan ulangtahun ke 100 jabatan itu.
Pengarah Pertanian Negeri, Dato Othman Ngah berkata program ini di adakan
untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan perkhidmatan dan untuk mendapat maklum
balas segala masalah di peringkat akar umbi.
Selain itu pihak Jabatan juga sentiasa berusaha membangunkan teknologi terkini
untuk meningkat mutu dan hasil pengeluaran untuk pasaran dalam dan luar negeri
bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Kelantan sebagai
Negeri Jelapang Makanan, katanya ketika berucap sebelum berlepas menyertai
kembaratani.
Terdapat 643 petani Kelantan mendaftar di bawah skim pertanian berkelompok yang
menghasilkan jualan puluhan juta setahun.//upkn
---------------------------------
Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items.
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/