Kota Bharu, 7 Julai - Kerajaan negeri  mengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri 
(UPEN) mengkaji kesesuaian serta kesan pembangunan projek baru ke atas suhu 
bumi Kelantan.
Menteri Besar Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan mengambil 
langkah awal ini bagi menjaga alam semulajadi bagi tetap menjadikan negeri ini 
terus kekal sebagaimana sekarang.

“Kita semua tahu kawasan hijau memberi manfaat yang besar kepada alam ini 
samada untuk manusia mahu pun haiwan.

“Kerajaan bimbang sekiranya pembangunan pesat dibangunkan di kawasan hijau akan 
menimbul kesan negatif kepada suhu.

“Sekiranya kajian mendapati suhu tidak berubah walaupun  pembangunan 
diteruskan, maka tidak ada sebarang halangan bagi kerja-kerja pembangunan 
ditapak yang baru.

“Namun begitu kerajaan telah pun mewujudkan satu kawasan baru iaitu di 
berdekatan Taman Negeri di Stong seluas 1200 ekar untuk penggunaan pertanian 
sebagaimana yang dimajukan oleh pengusaha di Lojing,” ujarnya kepada pemberita 
selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob menegaskan kajian ini dibuat 
berpandukan masalah yang timbul di Cameron Highland kesan pembangunan yang 
berterusan.

“Kerajaan peka kepada kepentingan pembangunan sesuatu kawasan, namun dalam masa 
yang sama kita harus ingat sekiranya suhu meningkat banyak masalah baru yang 
timbul termasuk kesesuaian pertanian sesuatu kawasan turut berubah,” 
tegasnya.//upkn


                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke