KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membekukan projek pembangunan baru termasuk 
pertanian di tanah tinggi Lojing, Hulu Kelantan jika kajian mendapati tahap 
suhu di kawasan itu meningkat.

Jabatan Pertanian dan Unit Perancangan Ekonomi negeri (Upen) diarah menjalankan 
kajian menyeluruh kesan pembangunan tanah di Lojing, sama ada boleh diteruskan 
atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kajian itu penting bagi 
menjaga tahap suhu sejuk di tanah tinggi itu supaya tidak berubah menjadi panas.

“Kajian itu perlu dibuat kerana mengambil iktibar kesan pembangunan yang 
berlaku di Cameron Highlands, Pahang yang suhu sejuknya semakin terjejas,” 
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, 
semalam. 

Awal April lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Annuar Musa, 
dilaporkan berkata, Lojing yang juga khazanah alam terbesar Kelantan bakal 
menghadapi masalah tenat dari segi sumber alam sekitarnya.

Beliau berkata, antara masalah yang sudah berlaku dan dijangka serius di 
kawasan itu, sumber airnya mula tercemar dan punca air dijangka kering dalam 
tempoh beberapa tahun sehingga memberi kesan kepada pertanian.

Nik Abdul Aziz berkata, ketika ini antara projek pertanian sedang dimajukan di 
Lojing ialah penanaman sayur dan bunga.

Katanya, sebagai persediaan kemungkinan pembangunan tanah dibekukan di Lojing, 
kerajaan negeri mengenal pasti kawasan Sungai Belaga berhampiran Taman Negeri 
Gunung Stong dekat Jeli sebagai kawasan baru sesuai untuk pertanian dan 
pelancongan.

Katanya, kawasan tanah rata di Sungai Belaga mempunyai keluasan 480 hektar 
dengan ketinggian dari paras laut mencapai 1,000 meter dan tahap suhu turun 
sehingga 11 darjah selsius pada waktu malam.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri meluluskan 40 
hektar tanah untuk pembinaan kampus Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa 
Twintech (IUCT) di Machang.

Katanya, kelulusan itu sebagai sokongan kerajaan negeri dalam usaha 
meningkatkan pembangunan pendidikan di negeri ini.

"Kerajaan negeri sudah meluluskan kawasan bagi tujuan itu dan terpulang kepada 
pihak IUCT untuk memulakan pembinaan kampusnya," katanya.//BH 8 Julai






perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Pembangunan Tanah Tinggi Lojing dikaji

Kota Bharu, 7 Julai - Kerajaan negeri  mengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri 
(UPEN) mengkaji kesesuaian serta kesan pembangunan projek baru ke atas suhu 
bumi Kelantan.
Menteri Besar Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan mengambil 
langkah awal ini bagi menjaga alam semulajadi bagi tetap menjadikan negeri ini 
terus kekal sebagaimana sekarang.

“Kita semua tahu kawasan hijau memberi manfaat yang besar kepada alam ini 
samada untuk manusia mahu pun haiwan.

“Kerajaan bimbang sekiranya pembangunan pesat dibangunkan di kawasan hijau akan 
menimbul kesan negatif kepada suhu.

“Sekiranya kajian mendapati suhu tidak berubah walaupun  pembangunan 
diteruskan, maka tidak ada sebarang halangan bagi kerja-kerja pembangunan 
ditapak yang baru.

“Namun begitu kerajaan telah pun mewujudkan satu kawasan baru iaitu di 
berdekatan Taman Negeri di Stong seluas 1200 ekar untuk penggunaan pertanian 
sebagaimana yang dimajukan oleh pengusaha di Lojing,” ujarnya kepada pemberita 
selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob menegaskan kajian ini dibuat 
berpandukan masalah yang timbul di Cameron Highland kesan pembangunan yang 
berterusan.

“Kerajaan peka kepada kepentingan pembangunan sesuatu kawasan, namun dalam masa 
yang sama kita harus ingat sekiranya suhu meningkat banyak masalah baru yang 
timbul termasuk kesesuaian pertanian sesuatu kawasan turut berubah,” 
tegasnya.//upkn


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke