KOTA BHARU, 7 Julai – Kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif yang boleh 
dimanfaatkan pelabur-pelabur asing sebagai usaha menarik minat mereka melabur 
di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji 
Zulkifli Mamat berkata, insentif tersebut termasuk bayaran premium tanah yang 
rendah dan kewujudan kawasan khas untuk pembangunan industri. 
“Selain itu, bayaran balik tanah perindustrian yang fleksibel dan pengurangan 
harga tanah bagi pembinaan kilang,” katanya ketika meraikan kunjungan 
perwakilan perdagangan asing ke Kelantan, baru-baru ini. 
Seramai 11 anggota perwakilan perdagangan yang diketuai Pengarah Eksekutif 
Malaysian-German Chamber of Commerce & Industry, Dr Rainer Herret diraikan pada 
majlis makan malam di sebuah hotel di sini. 
Hadir sama di majlis berkenaan, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, 
anggota-anggota Exco dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri 
Kelantan (PKINK), Haji Hanifa Ahmad. 
Delegasi perwakilan asing itu turut disertai Setiausaha Kedua Kedutaan Republik 
Rakyat China, Xie Guoxing; Kaunselor Ekonomi Kedutaan Republik Persekutuan 
Jerman, Mr Wolfgang Trautmen; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, Mr 
Sanjay Panda dan Kaunselor Perdagangan Kedutaan Switzerland, Antonio Garcia. 
Perwakilan lain termasuk dari Kedutaan Sepanyol, Kedutaan British, Kedutaan 
Belanda, Persekutuan Industri India di Malaysia dan wakil Majlis Perniagaan 
Malaysia Australia. 
Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pelaburan Luar MIDA, N Rajendran 
dan pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri serta PKINK. Zulkifli turut 
melahirkan rasa gembira menerima kehadiran perwakilan tersebut yang bersedia 
meninjau dan mendapat maklumat mengenai prospek pelaburan di Kelantan. 
“Terima kasih juga di atas kerjasama dan usaha semua pihak terutamanya MIDA, 
dalam usaha menjayakan lawatan perwakilan perdagangan asing ke negeri ini,” 
ujarnya. 
Perwakilan perdagangan asing tersebut juga dibawa melawat zon industri songket, 
batik dan kraftangan di Penambang dekat sini. Selain itu, diberi taklimat 
mengenai negeri Kelantan dan prospek pelaburan di Bilik Gerakan Negeri. Mereka 
juga dibawa melawat pekan Rantau Panjang, Info Galeri Tengku Anis di Pengkalan 
Kubor dan Taman Industri Marin di Tok Bali. 
Dr Rainer melahirkan rasa gembira dan berterima kasih terutama kepada pemimpin 
kerajaan negeri dan pegawainya kerana meraikan rombongan tersebut. N Rajendran 
pula memberitahu peluang-peluang pelaburan yang ada di Kelantan sebelum ini 
kurang diketahui pihak luar secara meluas. 



                
---------------------------------
Discover Yahoo!
 Get on-the-go sports scores, stock quotes, news & more. Check it out!

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke