KOTA BHARU, 7 Julai Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM4 juta bagi
membiayai pengajian anak-anak Kelantan ke peringkat lebih tinggi melalui Tabung
Amanah Tok Kenali.
Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob berkata, peruntukan bagi tujuan itu
diambil kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tabung berkenaan yang
diterima hasil pampasan daripada projek empangan hidro elektrik Pergau.
Anak-anak kita yang ingin melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi boleh
memohon untuk mendapat pembiayaan daripada tabung tersebut, katanya pada
perasmian Pesta Buku dan Multimedia di Dewan Besar Balai Islam, malam semalam.
Pesta itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama
Expovension Konsult. Hadir sama di majlis berkenaan, anggota-anggota Exco,
Ustaz Mohd Amar Abdullah, Abdul Fatah Mahmood dan pengarah urusetia, Ustaz
Abdul Rahman Yunus.
Program berkenaan bermula 4 Julai dan akan berakhir Sabtu ini. Ia disertai
lebih 60 kedai buku, syarikat penerbitan termasuk dari Mesir dan syarikat
komputer.
Pesta yang serupa juga diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB, dianjur Jabatan
Pelajaran Negeri dengan kerjasama Syarikat Muda Osman. Program tersebut
diadakan sempena Bulan Galakan Membaca.
Pada akhir Jun lalu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan
pindaan Enakmen Tabung Amanah Tok Kenali bagi memantapkan lagi pengurusan
termasuk melantik dua pegawai.
Tabung berkenaan diwujudkan pada 1992 bagi mengumpulkan hasil royalti yang
dibayar Tenaga Nasional Bhd daripada projek empangan hidro elektrik di Pergau,
Jeli. Pada lima tahun pertama sebanyak RM2 juta setiap tahun dibayar TNB kepada
kerajaan negeri.
Pada 10 tahun kemudian pula ditetapkan perjanjian di mana TNB perlu membayar
sebanyak RM43 juta. Selepas itu dalam tempoh 20 tahun lagi, sebanyak RM64 juta.
Tabung berkenaan diwujudkan sebagai simpanan kerajaan negeri bagi kegunaan
generasi akan datang.
Timbalan Menteri Besar juga berkata, penerbit-penerbit buku hendaklah memberi
galakan kepada penulis bagi menghasilkan karya mengenai pengajaran-pengajaran
yang terkandung dalam al Quran.
Banyak pengajaran yang boleh ditulis semula untuk bacaan generasi sekarang dan
akan datang daripada kisah-kisah tauladan yang terdapat di dalam kitab suci
tersebut termasuk Ashabul Kahfi, katanya.
Beliau juga berkata, kesedaran membaca masih lagi rendah di kalangan rakyat di
negara ini dan kempen galakan membaca perlu diadakan dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun katanya, bahan bacaan akademik yang berorientasikan peperiksaan
mendapat sambutan baik.
---------------------------------
Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items.
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/