PASIR PUTEH, 8 Julai - Kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan bekerjasama dengan 
kerajaan pusat untuk membasmi kemiskinan di kalangan lebih 21,000 petani di 
negeri itu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa Dr Nik Mazian Nik Mohamed 
berkata ia selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan 
sebagai jelapang makanan negara.

"Pelbagai kerjasama akan diberikan demi untuk meningkatkan pendapatan golongan 
itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program lawatan pengurusan 
Jabatan Pertanian bertemu pelanggan di Kampung Gaal di sini Khamis.

Pengarah Pertanian Kelantan Datuk Osman Ngah mengetuai lawatan yang terdiri 
daripada pegawai pertanian ke kampung itu sambil meninjau projek pertanian 
kelompok tembikai susu seluas 15 hektar yang diusahakan oleh lapan peserta.

Dr Nik Mazian berkata agensi di bawah kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan 
dan Saliran, Jabatan Haiwan dan Jabatan Pertanian akan diarah memberi kerjasama 
bagi mencapai matlamat itu.//Bernama



 


                
---------------------------------
 Sell on Yahoo! Auctions  - No fees. Bid on great items.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke