KOTA BAHARU, 7 Julai: Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenalpasti ada anggota Rela terlibat dengan pemburuan haram di Ulu Kelantan terutama di kawasan hutan simpan kekal dan Taman Negara.
Pengarah Perhilitan Pazil Abdul Patah berkata mereka turut membantu rakyat asing memburu binatang liar dengan tumpuan kepada harimau, beruang dan badak sumbu Sumatera. Beliau berkata pada Mac lepas seorang anggota Rela ditahan di Dabong kerana memburu kambing gurun di kawasan itu dan dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,500. "Kami juga mengenalpasti terdapat beberapa kumpulan lain terdiri daripada penduduk tempatan bergerak aktif memburu binatang kawalan di kawasan hutan simpan kekal di negara itu sejak akhir-akhir ini," katanya kepada Bernama di sini Khamis. Menurut Pazil sepanjang Januari hingga Jun lepas sebanyak 137 kes dilaporkan melibatkan pemburuan haram, memburu di Taman Negara dan memiliki hidupan liar. "Daripada empat kes yang ditahan sepanjang enam bulan pertama tahun ini, tiga kes membabitkan warga asing seramai 12 orang dan mereka dipenjara antara dua tahun lapan bulan dan tiga tahun 10 bulan oleh mahkamah. Beliau menasihatkan orang ramai supaya bekerjasama dengan melaporkan kejadian seumpama itu kepada pihak berkuasa terutama polis dan Perhilitan memberi imbuhan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkap pemburu terbabit. Baru-baru ini, Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sazmi Miah mengumumkan bayaran sebanyak RM500 kepada sesiapa yang memberi maklumat pemburuan haram di kawasan hutan simpan kekal dan Taman Negara. Sazmi berkata tindakan itu bertujuan menggalakkan orang ramai melaporkan kegiatan yang dianggap serius sejak akhir-akhir ini. Sementara itu, beliau berkata ada beberapa jenis hidupan liar yang dibenarkan pemburuannya pada masa-masa tertentu bagi mereka yang mempunyai lesen memburu seperti rusa dan kijang sepanjang November, ayam hutan (1 Mei-31 Ogos) dan burung punai sepanjang September.//Bernama __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
