KOTA BHARU: Seorang wanita wakil sebuah syarikat insurans di sini, ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana disyaki bersuami dua, awal pagi semalam.
Wanita berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Kampung Tiong, dekat sini, ketika dia sedang bersama seorang lelaki didakwa sebagai `suaminya, kira-kira jam 3 pagi. Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Mohd Latiff, berkata wanita itu dikesan masih bersuamikan seorang kakitangan kerajaan ketika berkahwin dengan suami keduanya, di negara jiran pada 7 Julai lalu. Siasatan kini menjurus kepada mengenal pasti kenyataan wanita terbabit yang mendakwa dia sudah bercerai sebelum berkahwin dengan suami kedua pada 7 Julai lalu. Berdasarkan siasatan JHEAIK dan hasil keterangan daripada suami pertamanya berusia 50-an, wanita terbabit difahamkan masih lagi menjadi isterinya yang sah. Oleh itu, kita sedang menjalankan siasatan rapi sebelum boleh mendakwa wanita itu kerana melakukan beberapa kesalahan syariah termasuk memiliki dua suami, katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau berkata, ketika tangkapan, wanita dari Bachok itu sedang tidur bersama suami keduanya yang berusia 38 tahun di rumah sewa mereka. Perbuatan wanita itu dikesan selepas kami bertindak berdasarkan maklumat penduduk kampung yang mendakwa ada pasangan bersekedudukan di situ dan serbuan menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur. Ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku suami isteri dan menunjukkan surat nikah bertulisan jawi dari negara jiran tetapi sijil pengesahan bertulisan rumi seperti dikehendaki bagi pasangan berkahwin di negara jiran, tidak ada, katanya. Ismail berkata, JHEAIK meragui kesahihan surat nikah itu dan siasatan masih dijalankan terhadap pasangan terbabit mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985. Katanya, siasatan juga mendapati wanita itu sebelum ini pernah berkahwin dua kali tetapi berakhir dengan perceraian sebelum berkahwin dengan kakitangan kerajaan (suami ketiga), manakala lelaki yang ditahan bersamanya adalah `suami keempat. Ismail berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan diri sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan. Harian Metro difahamkan, ini adalah kes keempat wanita bersuami dua, dikesan jabatan itu di negeri ini.//HM 11 Julai http://www.perakan.net __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
