Kota Bharu 17 Julai : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini 
memperolehi perintah Mahkamah Rendah Syarie untuk mengenakan arahan mufarakah, 
iaitu tidak tinggal bersama dengan suami, terhadap seorang wanita yang bekerja 
dengan sebuah syarikat insurans, sehingga siasatan kes dakwaan beliau bersuami 
dua diselesaikan. 

Pengarahnya, Datuk Ismail Latif berkata arahan itu dikeluarkan oleh Hakim 
Mahkamah Rendah Syarie, Nik Najib Nik Hassan di sini pagi ini, ekoran 
permohonan JHEAIK. 

"Siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 40 2/85 Enakmen Kanun Acara Jenayah 
iaitu perkahwinan meragukan. Wanita dan suaminya yang baru tidak boleh bersama 
kecuali selepas selesai siasatan," katanya kepada Bernama di sini. 

Wanita berusia 40 tahun itu ditahan untuk siasatan sebanyak dua kali iaitu pada 
10 Julai dan dan 15 Julai di sebuah rumah Lot 2473 Kampung Tiong Dalam Kota 
Baharu. 

Ismail berkata serbuan pertama adalah berdasarkan kepada aduan orang ramai 
mengenai kes khalwat, manakala serbuan kedua ekoran aduan seorang lelaki yang 
mendakwa wanita berkenaan masih sah isterinya, dan sedang berkesedudukan dengan 
lelaki lain. 

Katanya, siasatan awal mendapati sijil nikah wanita itu dengan suami baru yang 
ditunjukkan oleh wanita berkenaan, adalah sijil yang dikeluarkan daripada 
negara jiran dan ia didapati meragukan. 

Beliau berkata sebelum proses dakwaan dijalankan, segala dokumen perlu disiasat 
dan keterangan ketiga-tiga pihak perlu diambil oleh bahagian siasatan JHEAIK. 

Sementara itu, Ismail berkata sejak Januari lepas tiga kes wanita bersuami dua 
dilaporkan dengan satu darinya dapat diselesaikan, dan menurutnya dalam 
kebanyakkan kes, pernikahan di Thailand memang berhadapan dengan masalah kerana 
sijil-sijil yang dikemukakan itu sering dipalsukan, selain sijil itu tidak 
didaftarkan dengan JHEAIK.//UM

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1639

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

 

Wanita Dua suami

KOTA BHARU: Seorang wanita wakil sebuah syarikat insurans di sini, ditahan 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana disyaki bersuami dua, 
awal pagi semalam. 

Wanita berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Kampung 
Tiong, dekat sini, ketika dia sedang bersama seorang lelaki didakwa sebagai 
`suaminya’, kira-kira jam 3 pagi.

Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Mohd Latiff, berkata wanita itu dikesan masih 
bersuamikan seorang kakitangan kerajaan ketika berkahwin dengan suami keduanya, 
di negara jiran pada 7 Julai lalu.

“Siasatan kini menjurus kepada mengenal pasti kenyataan wanita terbabit yang 
mendakwa dia sudah bercerai sebelum berkahwin dengan suami kedua pada 7 Julai 
lalu.

“Berdasarkan siasatan JHEAIK dan hasil keterangan daripada suami pertamanya 
berusia 50-an, wanita terbabit difahamkan masih lagi menjadi isterinya yang sah.

“Oleh itu, kita sedang menjalankan siasatan rapi sebelum boleh mendakwa wanita 
itu kerana melakukan beberapa kesalahan syariah termasuk memiliki dua suami,” 
katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika tangkapan, wanita dari Bachok itu sedang tidur bersama 
suami keduanya yang berusia 38 tahun di rumah sewa mereka. 

“Perbuatan wanita itu dikesan selepas kami bertindak berdasarkan maklumat 
penduduk kampung yang mendakwa ada pasangan bersekedudukan di situ dan serbuan 
menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur.

“Ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku suami isteri dan menunjukkan surat 
nikah bertulisan jawi dari negara jiran tetapi sijil pengesahan bertulisan rumi 
seperti dikehendaki bagi pasangan berkahwin di negara jiran, tidak ada,” 
katanya.

Ismail berkata, JHEAIK meragui kesahihan surat nikah itu dan siasatan masih 
dijalankan terhadap pasangan terbabit mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan 
No 2/1985.

Katanya, siasatan juga mendapati wanita itu sebelum ini pernah berkahwin dua 
kali tetapi berakhir dengan perceraian sebelum berkahwin dengan kakitangan 
kerajaan (suami ketiga), manakala lelaki yang ditahan bersamanya adalah `suami’ 
keempat. 

Ismail berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan diri sementara 
menunggu siasatan lanjut dijalankan.

Harian Metro difahamkan, ini adalah kes keempat wanita bersuami dua, dikesan 
jabatan itu di negeri ini.//HM 11 Julai

http://www.perakan.net


                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses.

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke