KOTA BHARU, 8 Julai: Anak lelaki seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri ini ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dekat Kuala Krai, kelmarin.
Remaja berusia 17 tahun itu ditahan ketika dalam keadaan khayal oleh anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Krai yang membuat rondaan kira-kira jam 4.30 pagi. Sumber polis berkata, pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah teknik itu ditahan anggota polis yang terserempak dia bersama rakannya ketika baru mengambil dadah di kawasan landasan kereta api Kuala Krai. "Anggota polis yang mengesyaki sesuatu terhadap dua remaja itu mengejar mereka tetapi gerakannya disedari dua remaja itu yang kemudian melarikan diri. "Seorang daripada remaja yang dikenal pasti anak wakil rakyat tempatan ditahan kira-kira jam 4.30 petang sebelum dibawa pulang ke balai untuk disoal siasat. "Remaja itu juga diarah menjalani pemeriksaan air kencing yang kemudian didapati positif dadah. Remaja itu disyaki mengambil pil khayal," katanya di sini, semalam. Beliau berkata, remaja itu dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan lanjut dijalankan mengenai penglibatannya dengan penyalahgunaan dadah. Ketua Jabatan Narkotik Negeri, Deputi Superintendan Zaaba Budin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja itu tetapi enggan mengulas lanjut. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Yusoff Che Mamat, ketika dihubungi, mengakui remaja termasuk pelajar adalah antara mereka dikesan terbabit penyalahgunaan pil khayal di negeri ini. Beliau berkata, sejumlah 36,000 pil khayal dirampas polis sejak Januari hingga April tahun ini, dengan jajahan Kota Bharu dan Tumpat adalah daerah paling banyak mempunyai kawasan hitam berkaitan dadah. Katanya, selain Kota Bharu beberapa tempat di Tumpat juga disenaraikan sebagai kawasan hitam seperti Wakaf Bharu, Palekbang, Pengkalan Kubor dan Chabang Empat. //Sumber Bha http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1569 --------------------------------- Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items. [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
