Dua ditahan bantu kes buli pengawas

KOTA BHARU 12 Julai - Polis menahan dua pelajar tingkatan lima bagi membantu 
siasatan kes seorang pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini 
mengalami lebam dan bengkak di kepala akibat dihentak dengan topi keledar, 
petang kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Supritendan Shafie Ismail 
berkata, kedua-dua mereka yang menuntut di sekolah sama, ditahan di rumah 
masing-masing kira-kira pukul 3 petang semalam.

``Kedua-duanya mengaku melakukan perbuatan tersebut.

``Mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam setelah selesai diambil 
keterangan,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.10 petang kelmarin, Mohammed Madar Ahmad, 19, pelajar 
Tingkatan Enam Atas sekolah itu mengalami bengkak dan lebam di kiri kepalanya 
akibat dihentak dengan topi keledar oleh seorang daripada lima lelaki yang 
menyerangnya.

Dalam kejadian di sebuah kedai makan berdekatan sekolah tersebut, kelima-lima 
penyerang itu bertindak menendang mangsa menyebabkan dia tersungkur sebelum 
diselamatkan oleh tuan kedai berkenaan.

Shafie berkata, polis sedang memburu dua lagi pelajar sekolah berkenaan dan 
seorang lelaki berusia 20-an yang merupakan abang kepada salah seorang suspek.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati dengan tindakan 
mangsa membuat pemeriksaan ke dalam kelas salah seorang suspek, bulan lalu.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh 
dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau 
kedua-duanya sekali.//UM



http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1600

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

KOTA BAHARU, 11 Julai - Seorang pengawas tingkatan enam dibelasah tiga pelajar 
bersama dua lelaki lain, dipercayai berpunca daripada tindakan pengawas 
berkenaan yang menegur perbuatan beberapa pelajar merokok dalam tandas sekolah.

Mohd Madar Ahmad, 19, pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan 
Mulong, Nilam Puri, di sini, mengalami lebam-lebam di beberapa bahagian badan 
dan bengkak di kepala dalam kejadian di hadapan sekolahnya kira-kira pukul 2.10 
petang Ahad.

Dua lelaki berkenaan, dipercayai abang seorang dari pelajar terbabit yang 
dipercayai tidak berpuashati dengan tindakan Mohd Madar menegur perbuatan 
pelajar itu merokok di dalam tandas sekolah, semasa diadakan pemeriksaan 
mengejut.

"Ketika kejadian, saya baru keluar dari kawasan sekolah, apabila dengan 
tiba-tiba dihampiri sekumpulan lima lelaki, termasuk tiga pelajar tingkatan 
lima yang terus memukul saya dengan sebuah topi keledar menyebabkan saya 
terjatuh."

"Selepas itu, kumpulan itu terus memukul, menumbuk dan menendang saya 
sehinggalah dileraikan pemilik kedai berhampiran," katanya kepada Bernama di 
sini, hari Isnin.

Mohd Madar dihantar kakaknya ke Hospital Kota Baharu dan menerima rawatan 
sebagai pesakit luar.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Supt Shafie Ismail berkata 
polis sudah menerima laporan berhubung kes berkenaan kira-kira sejam selepas 
kejadian, dan ia kini sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan 
kerana merusuh.//Bernama

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1582

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke