Rayuan Daripada KAFA Kami pihak Kafa merayu anak anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang agar dapat turun beramai ramai ke Stadium Shah Alam 13 Julai (Rabu ini) bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada para pemain Kelantan.
Menurut jurucakap KAFA, Pemain Kelantan telah bermain bersungguh sungguh sehingga layak ke suku akhir Piala FA walaupun pada mulanya hanya dianggap sesetengah pihak hanya pencukup kuota dan pelengkap jadual. "Bawalah sekali bendera Kelantan sehelai seorang dan berpakaian merah putih warna kebanggaan negeri Cik Siti Wan Kembang. Ayuh semua kita tenggelamkan warna merah kuning dengan warna merah putih. Kita robohkan tembok keegoan pasukan Selangor", ujar jurucakap tersebut bersemangat. Kita buktikan kita mampu bersaing dengan pasukan pasukan lain dalam Liga M. Ayuh anak anak Kelantan kita tawani Stadium Shah Alam 13 Julai ini. Kita Jumpa disana. Gomo Kelate Gomo. Untuk makluman ahli-ahli Perakan juga diminta berada di Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan pasukan negeri kita. Semalam (10 Julai) di Stadium Selayang, Superakan telah hadir menyaksikan perlawanan Liga Premier antara Selangor MK Land lawan Selangor yang berkesudahan seri 1-1. Melihat kepada perlawanan tersebut, Kelantan boleh menang. Jumpa di Shah Alam. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1583 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
