Pemain Kelantan Diminta Bermain Mati-Matian - Setiausaha PERAKAN 
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Anak-anak Kelantan Perantauan diminta datang 
beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam ini untuk memberi sokongan padu kepada 
Pasukan Kelantan yang akan menentang Selangor dalam Pertandingan suku akhir 
Piala FA.

Setiausaha Perakan, Wan Johari Wan Omar berkata, sokongan rakyat Kelantan 
Perantauan diperlukan bagi memberi semangat kepada para pemain Kelantan dalam 
perlawanan tersebut.

"Perakan mengharapkan pemain Kelantan bermain bermati-matian bagi memastikan 
kemenangan milik Kelantan.

"Dengan semangat yang kental dan kerjasama yang erat dikalangan pemain, skuad 
Gomo Kelate Gomo akan berjaya menewaskan Selangor malam ini, Insya Allah," 
ujarnya yang penuh bersemangat. 

"Dengan semangat yang kental dan kerjasama yang erat dikalangan pemain, skuad 
Gomo Kelate Gomo akan berjaya menewaskan Selangor malam ini, Insya Allah," 
ujarnya yang penuh bersemangat.

Terbukti sebelum ini, walaupun pemain Kelantan dari kalangan pemain muda yang 
kurang pengalaman, Kelantan berjaya menyingkirkan juara Piala Malaysia, Perlis.

Pada pusingan kedua baru-baru ini, Kelantan hampir mengaibkan Merah Kuning pada 
perlawanan suku akhir pertama sebelum Gergasi Merah itu bangkit untuk mengikat 
kedudukan menjadi 1-1.

"Gomo kelate Gomo"

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1596

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Rayuan Daripada KAFA

Kami pihak Kafa merayu anak anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang 
agar dapat turun beramai ramai ke Stadium Shah Alam 13 Julai (Rabu ini) bagi 
memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada para pemain Kelantan.

Menurut jurucakap KAFA, Pemain Kelantan telah bermain bersungguh sungguh 
sehingga layak ke suku akhir Piala FA walaupun pada mulanya hanya dianggap 
sesetengah pihak hanya pencukup kuota dan pelengkap jadual. 

"Bawalah sekali bendera Kelantan sehelai seorang dan berpakaian merah putih 
warna kebanggaan negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Ayuh semua kita tenggelamkan warna merah kuning dengan warna merah putih. Kita 
robohkan tembok keegoan pasukan Selangor", ujar jurucakap tersebut bersemangat.

Kita buktikan kita mampu bersaing dengan pasukan pasukan lain dalam Liga M. 
Ayuh anak anak Kelantan kita tawani Stadium Shah Alam 13 Julai ini. Kita Jumpa 
disana. Gomo Kelate Gomo.

Untuk makluman ahli-ahli Perakan juga diminta berada di Stadium Shah Alam untuk 
memberi sokongan pasukan negeri kita.

Semalam (10 Julai) di Stadium Selayang, Superakan telah hadir menyaksikan 
perlawanan Liga Premier antara Selangor MK Land lawan Selangor yang 
berkesudahan seri 1-1. Melihat kepada perlawanan tersebut, Kelantan boleh 
menang. Jumpa di Shah Alam.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1583

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke