Surat Pembaca - Syabas kepada kakitangan Hospital Kota Bharu SAYA ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca sekalian akan satu contoh usaha murni yang patut mendapat pengiktirafan. Pada pertengahan Jun lalu, anak saya diserang demam campak.
Akibat sikap tidak prihatin pihak tertentu pada mulanya terutamanya di wad kecemasan, penyakit anak saya itu telah melarat sehingga mendapat jangkitan kuman pada paru-parunya. Nasib baik jangkitan berkenaan tidak sampai ke otak. Namun, dengan sifat prihatin kakitangan di wad dua Hospital Kota Bharu (HKB), anak saya akhirnya pulih. Saya terharu dengan layanan petugasnya sama ada doktor mahu pun jururawatnya. Mereka begitu cekap, cekal dan saya merasakan seolah-olah mereka menjaga anak mereka sendiri. Malah tidak lokek menghulurkan senyuman dan menjawab pertanyaan dengan berhemah. Sebelum ini kita sering dikejutkan di dada media dengan insiden sedih dan pilu akibat kecuaian hospital terutamanya hospital kerajaan. Tidak dinafikan dalam memberi perkhidmatan yang semakin bertaraf dunia, ada segelintir pemainnya" yang masih di takuk lama. Bagaimanapun, dalam perkhidmatan yang membabitkan nyawa manusia yang tidak ternilai, biarlah kisah-kisah pilu yang berlaku itu adalah insiden yang tidak dapat dielakkan. Biarlah perkataan takdir itu menjadi ucapan terakhir yang boleh dilafazkan. Masyarakat tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan pihak hospital terutamanya jika mereka berpuas hati dengan layanan dan usaha semaksimum mungkin. Saya mengucapkan syabas kepada semua kakitangan di wad dua HKB. Teruskan kecemerlangan anda semoga amal bakti anda akan dikenang dunia dan akhirat. AZIZA, Tapang, Kota Bharu. //Bha 12 Julai http://www.perakan.net/modules/wfsection/article.php?articleid=106 --------------------------------- Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items. [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
