KOTA BHARU: Penyebaran ajaran sesat Ayah Pin di Kelantan berjaya dibanteras menerusi gerakan dakwah serta kaunseling berterusan terhadap ahlinya sejak tiga tahun lalu.
Malah, kira-kira 100 penduduk Orang Asli di Gua Musang yang dikesan menjadi pengikut ajaran sesat itu tiga tahun lalu sudah diperbetulkan akidah masing-masing. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Ismail Latiff, berkata sebelum ini, kumpulan itu bertapak di Pasir Puteh dan Gua Musang menerusi tiga pengikut yang menjadi ejen penyebarannya. "Mereka sudah ditahan dan diberi kaunseling sehingga meninggalkan ajaran sesat. Maklumat terkini, saki baki kumpulan Ayah Pin di Kelantan tidak membimbangkan berbanding empat tahun lalu. "Kira-kira 100 penduduk Orang Asli yang dikesan menjadi pengikut Ayah Pin di Gua Musang turut diperbetulkan akidah mereka menerusi program dakwah berterusan," katanya. Ismail berkata, pihaknya kini sedang menjalankan program dakwah di kalangan penduduk Orang Asli dengan memperuntukkan kira-kira RM15,000 bagi setiap program yang diadakan. Katanya, usaha itu bertujuan mendekati masyarakat Orang Asli supaya lebih mengenali agama Islam dan ajarannya yang sebenar. "Kita bimbang pengaruh anasir luar yang meresap di kalangan penduduk Orang Asli termasuk pengaruh kumpulan Ayah Pin dan dakwah paderi Kristian daripada luar. "Berikutan itu, Bahagian Penyelidikan dan Dakwah jabatan memberi tumpuan mendekati mereka yang dikesan menjadi pengikut Ayah Pin serta penduduk Orang Asli yang beragama Islam tetapi murtad," katanya.//Bha 12 Julai http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1590 --------------------------------- Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items. [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
