Gua Musang Dua beradik ditahan Dua beradik termasuk seorang pelajar ditahan selepas tiga jam mereka menyerang seorang buruh dengan buluh kerana membalas dendam dalam kejadian dekat Gua Musang, Jumaat lalu.
Remaja berusia 15 dan 18 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang di rumah mereka di Kampung Dabong, Gua Musang oleh sepasukan anggota cawangan siasatan jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Gua Musang. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa berusia 18 tahun menunggang motosikal melalui kampung itu. Bachok Jurupam disamun Jurupam sebuah stesen minyak yang bertugas bersendirian menjadi sasaran penyamun bersenjatakan golok yang melarikan wang tunai RM700 dekat Bachok di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di stesen minyak Kampung Kemudi dekat Bachok Khamis lalu, mangsa didatangi seorang lelaki berpura-pura mahu membeli petrol dengan tong plastik. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata lelaki itu menyamun pekerja terbabit ketika dia mengisi minyak ke dalam tong. Kota Bharu Buruh dipukul Seorang buruh cedera dipukul dengan kayu kerana menegur perbuatan seorang lelaki yang berdua-duaan dalam gelap dengan adik iparnya, dalam satu kejadian di Kota Bharu, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa yang berusia 35 tahun bengkak di kepala serta lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Kota Bharu (HKB). Ketika kejadian mangsa dikatakan berada di rumahnya di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, bersendirian sebelum didatangi lelaki yang berusia 30an lalu memukulnya. //Bha 12 Julai http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1591 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
