KOTA BHARU, 11 Julai : Minat rakyat Kelantan terhadap budaya membaca kini 
semakin terserlah apabila pesta buku yang diadakan di sini, mendapat sambutan 
menggalakkan. 

Baru-baru ini lebih 100,000 pengunjung mengunjungi Pesta Buku dan Multimedia 
Kelantan 2005 yang dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di 
Balai Islam, selama seminggu berakhir 10 Julai lalu. 
Satu lagi pesta buku diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB yang dianjurkan Jabatan 
Pelajaran Negeri dan Syarikat Muda Osman, pada tarikh hampir sama. 

Pengerusi Jawatankuasa, Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd 
Amar Abdullah berkata, pesta buku yang diadakan sekarang mendapat sambutan 
menggalakkan daripada masyarakat.
“Kehadiran orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan bangsa membuktikan 
rakyat Kelantan suka membaca. Mereka cakna dan hauskan ilmu pengetahuan,” 
katanya ketika merasmikan penutup pesta berkenaan, malam semalam.

Beliau juga berkata, pada masa akan datang pesta seumpama itu akan diselit 
dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk berkongsi pengalaman dengan pengarang 
muda dan penulis terkenal tanahair, bengkel teknik penulisan dan segmen bersama 
kartunis.

Pengarah urusetia penerangan, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, sambutan 
pengunjung agak luar biasa, sehingga ramai penduduk dari luar Kelantan turut 
datang. 

Pelbagai pertandingan diadakan sempena pesta tersebut termasuk ‘teka tebal 
buku’ yang terbuka kepada pengunjung. Pemenang menerima hadiah basikal yang 
disampaikan Mohd Amar. Mereka iaitu Ahmad Fazrin Mohamad Fakri, Mohd Afif Mohd 
Amin dan Nurul Ain. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, 
Belia dan Sukan, Abdul Fatah Mahmood. 

Sementara itu di majlis berasingan di PASIR PUTEH, Menteri Besar, Tuan Guru 
Dato’ Nik Mat tidak mahu orang Islam membazirkan harta wakaf iaitu air yang 
digunakan ketika mengambil wuduk di masjid atau madrasah.

Katanya, air adalah termasuk sebagai harta wakaf kerana bilnya dibayar hasil 
kutipan derma orang ramai. “Jadi kita kena jaga harta wakaf ini, janganlah 
membazir,” katanya ketika merasmikan Madarasah Seligi Tok Harun, pada petang 
Jumaat lalu. 

Madarasah baru itu dibina bagi menggantikan bangunan lama yang berusia hampir 
50 tahun. Penghulu Mukim Seligi, Wan Ahmad Wan Ismail, 46 berkata, madrasah 
lama tidak dapat menampung bilangan jemaah yang semakin ramai sekarang.

Iman Madarasah Tok Harun, Mat Yazid Deraman, 60 menjelaskan madarasah itu 
dibina secara gotong-royong di mana kos pembinaan disumbangkan Adun Limbongan, 
Drs Zainuddin Awang Hamat. Turut hadir Yang DiPertua PAS Pasir Puteh, Ustaz 
Mohamad Husin.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1592



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke